Monday, October 6, 2014

HARUAN TASIK LALUAN KAPAL

talang yang aku tarik

Sebenarnya aku dah lama tak layan laut dalam. Ada juga aku layan bot tapi area tepi-tepi saja. Layan laut dalam ni cerita lama aku. Aku sekarang ni pun lebih berminat mancing santai-santai saja. Ada sedikit sejarah bagaimana aku boleh meninggalkan aktiviti mancing laut dalam di mana aku telah lelong 4 biji reel melintang termasuk sebiji Shimano bangla.
Entah macam mana 2  orang kawan aku iaitu Pozi dan Faisal dah booking bot wak cakoi jeti sepang nak layan laut dalam dan nak layan ikan besar. Pada mulanya agak keberatan gak memandangkan kesihatan aku masih 75 % saja. Tetapi memandangkan aku juga nak buat cerita mancing di laluan kapal jadi aku sudikan juga. Lagi pun 2 orang kawan ni pun kena karan mancing hasil racun aku juga.
Pada asalnya kami berempat sahaja tetapi Wak Cakoi telah import sorang pakar laluan kapal maka jadi kami berlima bertolak dari jeti selepas sembahyang maghrib di jeti. Tak jauh dari pantai Wak Cakoi berhentikan bot luar pantai Bagan lalangkeranma nak tangguk cumit. Hampir 2 jam kami perabih masa kat situ hanya 2 ekor cumit yang rela paksa menyerah diri. Mungkin cumit sibuk buat persiapan raya korban kot?
Kami terus bertolak ke laluan kapal dengan berbekalkan 2 ekor cumit saja. Sampai saja port mancing wak Cakoi terus cakuk umpan pada jorannya. Habis dah cumit.. kami bertiga melopong dulu tak ada umpan. Nak jadi cerita, salah satu joran umpan cumit tadi berjaya mendapatkan seekor sotongf katak bersaiz 1kg. Apa lagi, umpan besar dah mari.
berat nak angkat haruan tasik
Tak lama saja um pan diturunkan, salah satu joran dah hook. berputar habis tali dalam laut. dalam kelam kabut tu satu lagi joran kena. habis tali berpintal-pintal. Kali ini seekor haruan tasik saiz monster timbul dipermukaan. Dalam keadaan kelam kabut tali bersilang-silang, aku telah melakukan satu perkara yang membuatkan aku berputih mata. Apa tidaknya, aku terlalu gopoh hook ikan yang besar membuatkan ikan mengelupur dan terlepas.
Yang syoknya, dalam kami duk leraikan tali yang berpintal tu, sekor lagi haruan tasik membaham umpan sotong. Tengah syok layan haruan tasik tetiba hujan siap dengan pakej ribut tiba. Apa lagi, karau joran cari port tidur. Ada la juga sesekali rasa nak weeekkk.. 
Pagi esok aku baru sedar. Kami hulurkan umpan cumit yang ditangguk semalam. Pagi tu hanya seekor haruan tasik dan seekor talang yang dapat dinaikan. Sekor lagi haruan tasik rabur deerrr..
kalau ada yang berminat nak layan laluan kapal boleh call wak cakoi 0192699924




kalau naik yang besar tu tentu tak muat tong



3 comments:

  1. cikgu..apa kabar..lama xjumpa....ingat lagi ke khairul yang selalu ikut cikgu pegi kelong pozi...

    ReplyDelete
  2. JUTAWAN SEGERA POK NIK KELATE https://bit.ly/3rmk2vz

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih