Thursday, December 4, 2014

TALANG KEMBALI KE KELONG MAMUD



Cerita ikan talang masuk ke kelong mamud memang perkara biasa, tetapi pada hari dan bulan kebiasan lain tidak sebanyak talang masuk pada bulan Disember. Seperti tahun lepas, aku sendiri pernah melalui bagaimana talang masuk ke kelong. Anda bukan memancing tetapi terpaksa berlari semasa memancing. Ini yang dikatakan betul-betulk mancing.
Aku sebenarnya tiada janji temu dengan Rizal dan Wak Din kerana aku masuk kelong pada hari Ahad dan keluar Isnin. Apa yang terjadi, Rizal dan Wak Din turut ambil cuti dan memancing bersama aku juga. nak jadi cerita, walaupun kami bertiga tetapi joran terpacak macam 20 orang memancing. 
Awal petang Ahad, Rizal membuka pentas trip apabila berjaya menaikan seekor ikan gubal bersaiz anggaran hampir 3 kg. Setelah itu dituruti aku dan Wak Din pula menaikan ikan talang, jenahak dan parang.  Hanya pada sebelah malam hanya Rizal berjaya menaikan seekor lagi gubal bersaiz lebih bagak dari petang tadi. Selepas itu aktiviti seperti biasa membangau sampai pagi.
Awal pagi, pentas talang pun bermula. lepas sekor, sekor talang yang naik. Adakala, tak sempat nak jaga 2 batang joran kerana terpaksa berlari mengejar joran yang melentuk dihenjut talang. Jika terlambat pandai pula talang tu melarikan umpan dan cabut.
Aku ingatkan talang hanya aktif sebelah pagi sahaja tetapi pada hari tu talang aktif meragut umpan sampai lewat tengahari. Apabila dah senyap sunyi, aku, Rizal dan Wak Din pun mula mengemaskan alatan lalu pulang dengan kepuasan.

dari kiri : Rizal, aku dan Wak Din
hasil terbaik kelong mamud

1 comment:

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih