Tuesday, October 27, 2015

TERJEBAK DALAM GAME KOLAM PULA

Ini cerita aku yang aku tak sangka akan tulis sebelum ini. Cerita ini bagaimana aku terjebak dalam game kolam air tawar. Memang dahulu aku mancing dalam kolam air tawar sebelum terjun ke arena memancing di laut. Tapi zaman aku mancing tu memang tak ada la pakai umpan yang berwarna-warni dan bau-bauan semerbak seperti sekarang. Dulu pakai umpan dedak ayam dengan tepung saja pun boleh angkut ikan naik. 
Sebenarnya aku ni dah lama terima pelawaan kawan-kawan kampung tempat aku bertugas memancing kat kolam terutama masuk dalam game. Memang aku ada minat nak ikut tetapi mengenangkan kekangan masa jadi aku tangguh dahulu. memang umpan pun aku dah beli dan terperap dalam setor lebih 2 tahun. 

antara promosi kolam
Nak jadi cerita semasa duduk berborak kat kedai kopi, aku teringin nak masuk game kolam memandang kawan-kawan kat kampung tu memang dah otai jadi aku sanggup ikut. Memandangkan aku macam bebudak kecik semula dalam arena memancing kolam ni, jadi banyak juga la soalan yang aku ytanyakat dia orang sampai naik muak dia orang menjawab. Ada juga yang bengang sebab aku banyak menyoal.
Tapi tak mengapa, sedikit demi sedikit aku cuba korek teknik memancing kolam akhirnya dapat la sedikit ilmu bekalan aku nak masuk game kolam. Untuk trip game pertama ni aku ikut dia orang pergi game Kolam Sri Bayu pada awal bulan oktober 2015. Nak jadi cerita, aku dapat daratkan 2 ekor pacu berumpan perah betik yang aku beli 2 tahun lepas. Ada la duit saguhati buat denak aku terjebak dalam game kolam. Maaf kerana aku tak selitkan foto sebab aku tak ambil foto langsung. jadi aku pinjamkan foto orang lain sebagai hiasan.

6 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. Kunjungi link saya ya
    http://www.1628poker.com/ref.php?ref=QIILOPEZ
    usobet.com

    ReplyDelete
  3. Mantab gan Artikel nya !!!

    Baca Juga :

    Situs Agen Bola Euro 2016, Agen Judi Online Terpercaya

    Agen Bola Terpercaya

    Agen Judi Online

    KLIK DAFTAR

    Dapatkan Promo Bonus 30% Setiap Kali Melakukan Deposit Minimal Rp.100.000,-

    The best agents "Semoga Bermanfaat dan Membawa Hoki".

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih