Tuesday, October 30, 2018

TIPS KEJAYAAN MEMANCING DI KELONG 5 : PENJAGAAN UMPAN


Ini salah satu sebab mengapa ramai pemancing gagal beraksi dengan cemerlang semasa berada di kelong. Umpan adalah perkara penting semasa kita memancing. lainlah kalau kita ada bawa umpan tiruan tetapi umpan sebegini kurang praktikal di kelong. Di sini aku nak bagi sikit tips menjaga umpan supaya hidup dan cukup untuk dicakuk pada mata kail.

1. Udang Hidup

i. Memastikan udang hidup terus hidup sehingga sampai ke destinasi memancing.Aku tulis ni berdasarkan pengalaman aku sendiri yang kekadang membawa umpan udang hidup hampir ribuan ekor apabila membawa trip memancing di kelong. Aku bagi pendapat berdasarkan alatan yang aku guna. Biasanya aku membawa udang hidup yang saiz kecil dan sedang sebanyak 150 dalam satu tong cat yang besar. Aku mesti menggunakan 2 buah pam baru mencukupi. Selain itu aku rendam ais yang di bungkus dalam bekas  supaya air sejuk. Jika udang itu agak besar memadai 100 ekor sahaja dengan menggunakan 2 buah pam. Risiko membawa umpan udang besar lebih tinggi berbanding membawa umpan udang yang kecil. Penggunaan bekas yang lebih besar lebih baik.

ii. Tips yang ke dua ialah bagaimana nak memastikan udang hidup terus hidup sehingga keesokan harinya. Kebiasaannya kita memancing sehari semalam di kelong. Jadi umpan udang perlu hidup sehingga keesokan harinya terutama pada waktu pagi kerana ikan galak menyambar umpan pada awal pagi. Kebiasaannya sesampai di kelong aku terus memasukkan udang ke dalam kolam takungan umpan. Kalau kita tiada kolam, air dalam bekas yang kita bawa mesti ditukar dengan segera dengan air laut yang bersih.

iii. Yang ke tiga paling penting. Aku selalu juga memerhatikan cara pemancing menggunakan umpan udang hidup. Belum separuh masa memancing, umpan sudah habis tapi tiada hasil tangkapan. Umpan udang hidup memang digemari ikan terutama anak-anak ikan. jadi kita perlu menggunakan umpan udang hidup dengan cara berhemah supaya mencukupi.

    a. biasanya aku menggunakan umpan udang hidup apabila waktu ikan besar sudah masuk ke kelong atau waktu ikan ghairah menyambar umpan. Selagi ada anak ikan mengutis kaki udang selagi itu aku tak akan menggunakan umpan udang hidup.

    b. kalau nak juga guna umpan udang hidup selain waktu ikan besar ghairah menyambar umpan, aku lebih suka memotong umpan udang hidup lalu di cakuk pada mata kail kecil sahaja dan target ikan pun kecil2 sahaja. Ini lebih baik cakuk seekor tetapi hanya anak ikan sahaja yang mencuri umpan.

    c. Kebiasaannya aku mencakuk umpan udang hidup apabila diperhatikana ada tanda2 ikan besar telah masuk . Bagaimana nak tahu ikan besar sudah masuk ? Ada beberapa tanda yang kita boleh perhatikan. kalau orang lain sudah mendapat ikan besar atau semasa arus sudah mula pasang dan besar. Masa ini anak ikan melarikan diri kerana ada pemangsa besar Yang datang.Umpan udang yang dipasang masih ada walaupun selepas 10 minit dicampak ke dalam air.

2. Umpan ikan hidup
Kebiasaanya umpan anak tamban memang popular selain selar, bilis,pucuk rebung dan sebagainya. Bagi yang berminat menggunakan umpan tamban hidup perlu menyediakan bekas yang besar seperti kolam budak mandi.

 Kenapa perlu guna kolam? 
Ikan tamban agak unik berbanding dengan ikan lain. Ikan tamban yang sekeluarga terbeliak mata sentiasa bergerak untuk terus hidup.  Jadi, ikan tamban perlu ruang yang luas supaya dapat bergerak bebas sambil mendapatkan oksigen dalam air. Sebab itu, ikan tamban cepat mati dalam ruang yang sempit seperti dalam baldi.
Selain itu ikan tamban memang jenis ikan yang manja. Semasa menanggalkan ikan tamban dari mata kail, pegang dengan perlahan dan lembut supaya tamban tidak mati. Semasa memasukan tamban ke dalam baldi atau kolam, ikan tamban tak boleh dicampak begitu sahaja tetapi perlu meletakan dengan perlahan. Bukan senang menjaga umpan tamban hidup. 
Aku selalu perhatikan tamban akan cepat mati kalau di ambil oleh orang lain.

2 comments:

  1. ESIABET Situs Taruhan Paling Terlengkap Di Indonesia

    Kamu bosan kalah mulu di agen lain?
    Gabung bersama ESIABET
    Hanya dengan 1 User ID untuk semua permainan

    Tidak perlu ribet2 untuk download!!

    Minimal Deposit 25ribu
    Minimal Withdraw 25ribu

    Nikmati berbagai Bonus menarik dari kami
    - UANG TUNAI SEBESAR 2.000.000
    - BONUS MEMBER BARU 20%
    - BONUS CASHBACK MINGGUAN 5% - 10%
    - BONUS NEXT DEPOSIT 5%
    - BONUS ROLLINGAN POKER 0.5%
    - BONUS REFERRAL 5%
    - Mega Jackpot Rp 60 JUTA

    Support Deposit via :
    Bank BCA, Mandiri, BNI, BRI

    *KONTAK KAMI
    ☎Whatapps: +85569988390
    📡FB : ARENABOLAKU
    📱IG = BANDARESIABET303

    ReplyDelete
  2. ANGKASA BOLA - SITUS MAIN GAME ONLINE TERBESAR DI INDONESIA

    Yang butuh Penghasilan Tambahan..
    PM Sekarang juga ya, Slot terbatas,

    Hanya Dengan Modal SMARTPHONE bosku ^^,
    Hanya bermain Games, dan bermain secara sabar aja bosku ^^
    DENGAN 1 USER ID SUDAH BISA BERMAIN SEMUA GAME

    Untuk Info Dan Bonus Menariknya Bisa Hubungi Kami Di Bawah Ini :
    Whatsapp : +855 96 826 9586
    LINE : angkasabola
    FB : Curhat Parlay
    IG : AngkasaBolaOnline

    ligaangkasa.com
    vipangkasabola.com

    Salam WD Besar,
    Salam ANGKASABOLA

    #ANGKASABOLA #ANGKASABOLALOUNGE #LIGAANGKASA #VIPANGKASABOLA #AGENJUDIONLINE

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih