Monday, June 13, 2011

TIP ARUS DAN UMPAN DI KELONG POZI LUKUT

pengenalan

Sesungguhnya adalah amat menyakitkan hati apabila kita lihat ikan mengambur kiri dan kanan tetapi malang sekali tiada umpan tamban atau selar hidup. Di kelong pozi memang terdapat tamban dan selar hidup yang boleh di apolo tetapi kekadang susah sangat nak dapatkan umpan ini terutama bagi pemancing baru di kelong ini. Selama memancing di sini, saya sendiri pernah tidak dapat menaikan umpan hidup. Bagaimanapun pengalaman yang agak lama di kelong ini memberi satu pengajaran yang berguna yang saya nak kongsi dengan orang lain supaya kaki2 pancing lain juga dapat menikmati nikmat memancing.
jadi, bagi kaki pancing yang nak cuba di kelong ni, bolehlah merujuk kalendar takwim atau kalendar islam kerana arus pasang dan surut memang mengikut bulan.

1 dan 16 haribulan hijrah
air besar dan air penuh lebih kurang pukul 8 malam. umpan susah pada waktu petang dan banyak pada waktu pagi dan air surut  lebih kurang pukul 11 pagi. Ikan2 besar bedal umpan waktu awal pagi dan lebih kurang pukul 8 malam.

2 dan 17 haribulan hijrah.
air masih besar dan penuh dan mula surut pada pukul 8 lebih. Umpan banyak pada waktu pagi dan semasa surut depan kelong lebih kurang pada pukul 11 pagi.ikan2 besar mula atif jugak pada pukul 8 malam lebih dan awal pagi

3 dan 18 haribulan hijrah
air masih besar tetapi makin kecil. air lebih lewat pasang penuh. umpan pada waktu petang agak susah tetapi banyak pada waktu pagi dan semasa air surut 12 tengah hari. jenahak aktif lebih lewat lebih kurang pada pukul 8.30 hingga 9 malam. pada waktu pagi jenahak masih aktif awal pagi

4 dan 19 haribulan hijrah
air makin kecil tetapi masih berarus. air pasang penuh lebih lewat dan umpan sangat susah dapat pada waktu petang. anda kena apolo pada waktu pagi atau semasa air surut pada sebelah petang. ikan2 besar elok pancing pada waktu malam.. lebih kurang pukul 9 lebih

5 dan 20 haribulan hijrah

air makin kecil tetapi masih berarus. air pasang penuh lebih lewat dan umpan sangat susah dapat pada waktu petang. anda kena apolo pada waktu pagi atau semasa air surut pada sebelah petang. ikan2 besar elok pancing pada waktu malam.. lebih kurang pukul 9 lebih

6 dan 21 hiribulan hijrah
air makin kecil tetapi masih berarus. air pasang penuh lebih lewat dan umpan sangat susah dapat pada waktu petang. anda kena apolo pada waktu pagi atau semasa air surut pada sebelah petang. Ikan2 besdar makin tipis untukdipancing. mungkin ada pari atau senangin. jenahak semakin sukar.

7,8,9,22,23 dan 24 haribulan hijrah
air dah mula mati atau tak ada arus langsung. kalau nak pancing jugak bolehlah bawa umpan pumpun atau udang kopek. layan anak2 ikan atgau daun baru. kalau nak kena ikan besar tu rezeki masing2 la. tapi susah la skit.

10 dan 25 haribulan hijrah
air mula gerak. ikan sangat galak dan aktif. tapi sayang, umpan tamban sukar diperoleh. kadang2 ada dan kadang2 tak ada. sebagai insuran, lebih baik anda bawa umpan sendiri seperti sotong kurita . air pasang penuh awal.kalau target ikan besar sesuai pada waktu pagi

11 dan 26 haribulan hijrah
air mula gerak. ikan sangat galak dan aktif. tapi sayang, umpan tamban sukar diperoleh. kadang2 ada dan kadang2 tak ada. sebagai insuran, lebih baik anda bawa umpan sendiri seperti sotong kurita . air pasang penuh awal petang. kalau target ikan besar sesuai pada awal pagi

12 dan 27 haribulan hijrah
air mula gerak laju. ikan sangat galak dan aktif.  . air pasang penuh awal petang. kalau target ikan besar sesuai pada awal pagi.semasa ini umpan mungkin ada sedikit semasa air mula surut petang.

13 dan 28 haribulan hijrah
air semakin laju dan besar.air pasang penuh awal petang. kalau target ikan besar sesuai pada awal pagi.semasa ini umpan mungkin ada sedikit semasa air mula surut petang.

14 dan 28 haribulan hijrah

air semakin laju dan besar.air pasang penuh awal petang. kalau target ikan besar sesuai pada awal pagi.semasa ini umpan mungkin banyaksemasa air mula surut petang dan awal pagi. anda tak perlu risau pasal umpan sangat. ikan besar mungkin ada pada lewat petang hampir senja. 

15,29 dan 30 haribulan hijrah
air semakin laju dan besar.air pasang penuh hampir senja petang. kalau target ikan besar sesuai pada awal pagi dan semasa waktu senja ke awal malam skit.semasa ini umpan mungkin banyaksemasa air mula surut petang dan awal pagi. anda tak perlu risau pasal umpan sangat. 


No comments:

Post a Comment

AKU SEORANG PEMANCING

My Photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih