Thursday, October 27, 2011

JORAN PANJANG

Seingat aku semasa mula2 menceburi bidang pancing memancing ni, penggunaan joran panjang agak terhad. Masa tu, joran panjang yang berjenama dan berkualiti pun harga tak mencecah rm 100. Tapi, setelah GP Joran Berita Harian memperkenalkan pertandingan memancing di pantai, ramai orang tetiba sahaja tahu menggunakan joran panjang. Malah, harga joran panjang pun melambung harga 2 kali ganda.
     Aku pun pada mulanya tidak tahu fungsi sangat dengan joran panjang. Setelah menceburi memancing di kelong, baru aku tahu fungsi joran panjang. Bukan satu atau dua , tapi banyak faedahnya.
Faedah yang pertama, joran panjang membolehkan kita menggunakan reel yang lebih besar. Apabila reel lebih besar, maka makin panjang tali utama yang boleh dimasukan. Maka kita tak perlu risau tali ditarik habis oleh ikan2 yang terkenal dengan kehebatan melarikan tali seperti GT atau pari.
     Faedah yang kedua ialah joran yang panjang juga membolehkan kita membuat lontaran yang jauh. Maka tak hairanlah joran yang panjang sesuai ketika memancing dari tebing atau pantai.Memancing di kelong juga sesuai menggunakan joran yang panjang.
       Selain tu, joran panjang juga memudahkan kita mengawal ikan yang terkena mata . Terutama memancing dikelong. Ikan2 yang besar susah dinaikan terutama jenahak dan senangin. ikan2 ni memang suka melarikan diri bawah kelong. dengan penggunaan joran panjang tidak memberi peluang kepada ikan2 melarikan diri.
      Faedah yang seterusnya, penggunaan joran panjang juga memudahkan kita mengepam ikan terutama ikan yang besar seperti pari. Selain tu, kita juga boleh mengepam ikan terus ke atas tanpa menggunakan hook atau tangguk.
       Walaubagaimanapun, penggunaan joran panjang juga ada masalahnya seperti susah hendak di bawa ke sana sini. selain tu, susah hendak melontar joran yang panjang kecuali bagi mereka yang dah mahir. Apa2 pun penggunaan joran panjang atau pendek biarlah sesuai dengan penggunaan, tempat dan masa.



No comments:

Post a Comment

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih