Wednesday, January 9, 2013

UMPAN TERBAIK DI KELONG POZI KUALA LUKUT

pelbagai spisis ikan di kelong Pozi
Apa yang aku nak ceritakan di sini tentang umpan terbaik di kelong Pozi. Aku menulis artikel ini sebagai panduan kepada semua pemancing di kelong Pozi dan ingin berkongsi kegembiraan memancing di kelong Pozi. Apa yang saya ceritakan ini berdasarkan pengalaman sendiri dan juga rakan2 pemancing seperti Man Mamak, Rizal, Wak Din, Sathia dan Mr, Lee. 
Umpan cumit hidup yang dapat ditangguk di kelong merupakan umpan terbaik. Cumit yang ditangkap boleh dicakuk hidup pada mata kail ataupun di potong kepada beberapa bahagian kecil. Jika anda dapat menangkap cumit, jangan terus cakuk pada mata kail sebaliknya simpan dahulu cumit tersebut biar hidup. Umpan yang terbaik perlu digunakan pada masa terbaik. Masa terbaik ialah semasa air sudah pasang penuh dan beransur surut. Ikan yang pernah dinaikan dengan cumit segar ialah jenahak, alu2, kaci, kerapu,senangin ,gubal, daun baru dan pari. 
kurita karang kekadang terkena mata kail
Selain itu umpan sotong kurita yang di beli ataupun yang berjaya di pancing di kelong juga merupakan umpan terbaik. Kebiasaannya sotong kurita yang dipancing di kawasan kelong Pozi jenis kurita karang. Kurita karang agak liat berbanding kurita yang dibeli. kebiasaannya saya memotong kurita kepada bahagian kecil dan berkesan di kelong Pozi. Bagi sesetengah tempat penggunaan kurita yang di potong tidak berkesan tetapi tidak di kelong Pozi.  Oleh kerana kurita agak liat dan umpan tahan lama, anda boleh menggunakan pada bila2 masa tetapi penggunaan pada masa terbaik adalah yang paling baik. Antara ikan yang pernah dinaikan dengan umpan kurita ialah kerapu, jenahak dan pari. Yu kemejan juga pernah membedal umpan kurita tetapi tidak berjaya dinaikan.
kolam takungan tamban dan selar
Umpan terbaik yang senang diperoleh di kelong Pozi ialah tamban dan selar hidup. Tamban dan selar boleh di apolo di Kelong Pozi dengan menggunakan apolo putih saiz 4,5 atau 6. Ikan2 yang di apolo ini perlu disimpan dalam kolam supaya hidup cergas dan stok boleh disimpan untuk digunakan pada waktu malam.. Anda juga perlu membawa umpan yang hidup dalam bekas seperti baldi semasa hendak dicakuk pada mata kail supaya umpan hidup dan cergas. Umpan ikan yang hidup cergas memberi lebih peluang hook berbanding umpan yang mati. Ramai pemancing tidak ambil kisah dengan kecergasan umpan seperti lambat membaling umpan menyebabkan tamban atau selar hidup mati. Adakalanya penggunaan umpan tamban dan selar yang di potong berdarah juga memberikan hasil yang terbaik. Antara ikan yang pernah dinaikan dengan umpan tamban dan selar hidup ialah jenahak, kerapu, siakap, senangin, gubal, talang, kaci, pari, GT, alu2 dan mentimun.


hasil menggunakan umpan udang hidup
Penggunaan umpan udang hidup juga berkesan di kelong Pozi tak kisah umpan yang dibeli atau dijala. Umpan udang yang dijala lebih baik berbanding udang yang dibeli. penggunaan umpan udang hidup bergantung kepada jenis ikan yang masuk kelong. Biasanya ikan yang memakan umpan udang hidup seperti ebek, daun baru, susu, ketuka, pari, siakap, semilang, tetanda,kerapu, jenahak, mentimun, bawal pinang atau bawal emas, talang, senangin dan gerung belang. Penggunaan umpan udang hidup memang efisien tetapi ikan2 target akan bersaing dengan anak2 ikan yang suka mengutis udang.  Saya suka menggunakan umpan udang hidup yang di potong kerana udang yang dipotong berbau dan mudah dihidu oleh ikan. Antara ikan yang selalu dinaikan dengan menggunakan umpan udang hidup seperti ebek,susu, daun baru dan ketuka. Penggunaan umpan udang hidup memerlukan kos yang tinggi. Tepuk dada tanya poket anda la...
hasil penggunaan udang kopek dan pumpun
Ada juga pemancing yang menggunakan umpan pumpun dan udang kopek. Saya jarang menggunakan umpan ini memandangkan banyak anak ikan yang suka mengutis umpan. Jika anda seorang pemancing yang suka melayan anak2 ikan dan juga rajin menyalin umpan, umpan ini memang berkesan. Antara ikan yang pernah dinaikan dengan umpan ini ialah jenahak, pari, daun baru, mentimun, anak kerapu, ketang, dan ketuka.
Ikan belanak juga boleh digunakan di kelong Pozi. Kalau dahulu saya selalu menggunakn umpan belanak kerana saya memburu gubal atau senangin yang besar. Oleh kerana senangin atau gubal jarang dinaikan saya tidak selalu menggunakan umpan ini lagi. Penggunaan umpan belanak yang besar lebik baik dari belanak yang kecil. Selain senangin, alu2 memang suka membedal belanak terutama belanak yang besar.
hasil penggunaan pelbagai jenis umpan
Kekadang kita tidak mendapat tamban atau selar walaupun dah jenuh mengapolo. Penggunaan umpan bilis dan terbeliak mata yang boleh diapolo pada waktu malam di bawah cahaya lampu juga baik untuk umpan. Antara ikan yang pernah dinaikan dengan umpan terbeliak mata seperti jenahak, senangin dan alu2.
Bagi pemancing yang hendak memburu alu2 yang besar penggunaan ikan tetanda besar atau cermin yang besar paling berkesan. Umpan yang besar ini sesuai digunakan jika anda membawa koyan. Biasanya alu besar selalu berlegar di bawah kelong dan penggunaan koyan paling sesuai.
Ada pelbagai lagi umpan yang boleh digunakan seperti hirisan ikan, bebolos, dan jejulung juga mudah diperolehi di kelong Pozi. 
Walaupun anda telah menggunakan umpan yang terbaik di kelong pozi tidak menjamin anda akan memperolehi ikan yang diidam kerana ada banyak lagi faktor lain yang mempengaruhi hasil tangkapan seperti persembahan perambut, arah balingan joran, pasang surut, masa mengikut jenis ikan makan, musim ikan masuk, teknik dan juga nasib anda. saya mengucapkan selamat mencuba dan selamat memancing. Rajin2lah bertanya kerana ilmu setiap pemancing berbeza.

guna umpan selar belang2

guna umpan udang teknik gantung tepi kelong

guna umpan udang hidup

hasil guna cumit hidup

guna umpan selar kuning

guna udang hidup

guna tamban hidup

guna umpan belanak

1 comment:

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih