Tuesday, October 11, 2011

PENGALAMAN MINAT MEMANCING

Aku memang dah diasuh oleh emak dan ayahku dengan minat memancing sejak dari kecil bermula dengan joran batang bertam. Maka tak hairanlah aku memilih hobi memancing walaupun penduduk kampungku mempunyai hobi yang pelbagai seperti memikat burung, memburu dan menjaring ikan.
Aku mula aktif memancing semasa aku praktikal menjadi guru di Teluk Intan. Aku mengajar di sekolah kebangsaan Sg Rusa yang berhampiran dengan sg Perak yang yerkenal dengan banyak udang. Pernah aku meminjam sampan penduduk kampung pergi memancing bersama murid-muridku . Apabila dikenang kembali memang melucukan dan mengerikan.
Selepas tu aku praktikal yang kedua di Sek Keb Kinjang berhampiran Lata kinjang, Tapah. Wah, memang seronok! Apa tak seronoknya, rumah sewa, sekolah dan pekan chenderiang dikelilingi kolam2 bekas lombong. Pelbagai jenis ikan yang aku dapat memancing di sini.
Salah satu port memancing yang tak dapat aku lupakan ialah bekas lombong yang pernah dijadikan kolam ikan. Lombong ni terletak sebelum pekan Chenderiang. Dalam lombong ni memang terdapat banyak ikan karp sisik kasar atau karp rumput. Aku belajar memancing dengan apek2 yang dah otai kat sini.
Selain tu, aku juga mula belajar sembat guna mata tiga kat sini. Kalau sembat tilapia tu memang dah biasa bagi pemancing area Tapah. Ikan Tilapia saiz sekati ke bawah biasanya kan dibuang ke dalam lombong semula kerana terlalu banyak. Saiz tongsan kat sini juga besar2 sehingga ada yang mencecah hampir sedepa panjang.
Selepas praktikal di Tapah, aku bertugas di Petaling Jaya pula. Kat sini aku tak ada banyak pilihan memancing selain kolam bayar dan sekali-sekala aku pergi juga memancing ditepi2 pantai atau sungai apabila hari minggu.
Selepas berkahwin, aku menetap di Sepang. Di sini aku berjumpa ramai kaki pancing. Aku mula berjinak memancing di Tasik Kenyir dan Tasik Banding. Selain tu, aku berkenalan dengan otai2 laut dalam. Aku mula berjinak memancing di tengah laut. Dari laut johor, Pahang, Terangganu hingga Kelantan aku redah ikut kawan2. Aku juga berkenalan pemancing berbangsa cina yang lebih suka memancing ikan yang berjenama seperti jenahak dan kerapu. Aku redah selat Melaka pula mengikut dia orang ni. Aku juga berjinak2 dengan memancing di kelong. Lama kelamaan, aku jatuh cinta memancing di kelong kerana senang, murah dan kesuntukan masa. Aku juga berjinak dengan pertandingan memancing kolam dan laut dalam.
Walaubagaimanapon, sekarang ini aku lebih berminat memancing di kelong kerana memancing di kelong ni ada banyak kelebihan dan memberi ketenangan jiwa. Mungkin faktor umur dan masa telah menjadikan aku begitu.

No comments:

Post a Comment

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih