Friday, August 5, 2011

KALAU DAH REZEKI

Pada 28 julai 2011, aku pergi ke kelong Pozi bersama isteri. selain tu, aku juga dah berjanji dengan satu group dari Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Aku sampai dah lewat petang, walaupun cadangan asal bergerak awal petang. Sesampai di kelong, macam biasalah... isi air dalam kolam dan apolo tamban. Hari tu agak ramai pemancing yang datang, maklumlah sempena nak menyambut Ramadhan. Air laut pulak sejuk semacam saja di tambah pulak dengan hujan lebat. hati aku memang tak sedap kalau air sejuk di tambah dengan hujan yang lebat, selalunya jadi bangau saja. Menjelang malam semakain ramai pemancing yang datang. Dah la ramai, setiap pemancing pulak bawa rod yang banyak, Apa lagi.. macam pertandingan memancing atas kelong. Nasib baik kelong pozi tak berarus laju. Walaupun berarus sejuk, aku masih bernasib baik kerana berjaya menaikan seekor jenahak, seekor tetanda, seekor gerepoh, seekor talang dan seekor parang. Walhal pemancing lain tak menaikan seekor ikan pon. Aku bersyukur kerana masih mempunyai rezeki.... mungkin pengalaman aku sedikit sebanyak membantu aku mendaratkan ikan.

No comments:

Post a Comment

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih