Tuesday, February 21, 2012

MEMANCING DI PULAU ASAM

PULAU DAN JETI
Pada Feb 2012 aku saja2 jalan nak cari tempat mancing sambil jalan2. cadangnya aku nak pergi memancing sekitar Tanjung Tuan, entah macamana aku terlepas hingga terlajak ke Sekawang. Di Sekawang aku terlihat signboard  yang tertulis 'jeti memancing'. 

Aku teringat kembali dahulu, 15 tahun yang lepas aku pernah datang memancing  di atas kelong di sini. Aku pusing streng kereta terus susur masuk dalam kampung tersebut dan memang sah aku pernah memancing di sini. Kelong tempat aku memancing tu sudah tiada tetapi pulau tepi kelong tu masih ada siap dengan jeti yang cantik.
Aku pun terus cari botman yang boleh menghantar
tembok batu
aku ke pulau tersebut. Oleh kerana air baru mula pasang, maka aku pun lambat bergerak ke Pulau tersebut. Sememangnya di Pulau ni tiada tempat tidur kecuali kita bawa khemah. itu tak menjadi masalah kerana aku sentiasa membawa khemah ke mana sahaja aku pergi memancing walaupun memancing atas kelong. 
 Aku berpatah balik kepada cerita 15 tahun yang lepas. pada masa tu tiada jeti yang cantik seperti ini tetapi terdapat sebuah kelong memelihara kupang. Pada masa tu, semasa air pasang, air sungguh jernih dan terdapat banyak ikan gelama dan ikan kuku yang bersaiz bagak di bawah kelong. 
jeti yang panjang dan cantik


Tapi pada hari ni, aku lihat air menjadi keruh dan tidak secantik dahulu. kalau nak mandi pun kena fikir 2 kali dahulu. Tapi itu cerita dahulu. Aku perlu berfikiran positif jika mahu memancing. 
Di Atas pulau aku lihat ada tembok yang tertulis projek kementerian perlancongan. Aku terus pasang khemah di bawah pokok asam jawa yang rendang di pulau tersebut yang juga bernama pulau asam.
di hujung jeti berhuruf T
setelah selesai memasang khemah, aku terus pasang 4 batang joran panjang dan sebatang joran apolo.Aku hanya menggunakan umpan udang hidup yang di bawa. Aku test dulu memancing ikan2 kecil dan sekali sekala cuba melontar apolo. Namun tiada ragutan daripada ikan2 kecil. Namun aku dapat apolo beberapa ekor ikan terbeliak mata yang boleh dijadikan umpan untuk joran panjang. Aku cuba lontar ke arah kelong lama yang telah runtuh yang nampaknya seperti menarik. kemungkinan ikan2 besar seperti jenahak atau kerapu berumah dan bersarang bawah kelong tu. Aku berjaya menaikan beberapa ekor semilang karan. Aksi menarik tadi tu
kelong lama yang telah runtuh
 tidak lama kerana selepas itu aku hanya menaikan beberapa ekor sesirat sahaja. Sah, kelong lama tu dah jadi sarang sesirat.  Menjelang malam aku cuba menggunakan umpan ikan terbeliak mata yang di apolo dengan harapan pari sudi menjamah umpan aku namun tak ada ragutan langsung kecuali seekor ikan duri. Mungkin ini lubuk baru aku, di mana aku masih tidak tahu arah dan tempat yang betul. Aku masih berfikiran positif. oleh kerana aku mengantuk. aku terus masuk dalam khemah dan tidur. 
duri penawar hatiku


Keesokan aku bangun, aku terus meluru ke arah joran yang masih terendam dalam air. Tiada apa2 tanda diragut ikan besar. Aku lihat air laut yang sedang pasang juga keruh dan di penuhi sampah sarap. 




Pada pandangan aku, tempat ini seperti telah hilang kehebatan masa lampau dan rosak akibat pembangunan aktiviti pelancongan di kawasan Port Dickson. Namun bagiku, jika sesiapa nak melakukan aktiviti perkhemahan amat sesuai di pulau ini kerana terdapat tapak dan jeti yang cantik.

No comments:

Post a Comment

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih