Thursday, May 16, 2013

MENCARI LUBUK BANDANG (LADYFISH) DI KELONG POZI

Aku pasti ramai yang tertanya2 bagaimana nak memancing ikan bandang atau susu (panggilan tempatan) di kelong Pozi. Dah ramai yang pergi mencuba tetapi masih lagi hampa. Okey, saya boleh bagi tip yang betul ni tetapi mampukah pemancing mengamalkan tip yang saya nak bagi ni.

Pertama , kita perlu memilih hari pasang surut yang betul. Biasanya semasa arus yang besar mengikut kalendar hijrah seperti 13,14,15,16,17 atau 28,29,30,1 dan 2 tarikh kalendar hijrah. Tarikh2 yang lain juga ada tetapi untuk peluang yang lebih tarikh tersebut lebih sesuai.

kedua, kebiasaannya ikan bandang makan berhampiran dengan kelong dan kadang2 di tepi kelong. Anda perlu senyap kerana ikan takut untuk menghampiri kelong jika bising.

Ketiga, Bandang hanya makan di tempat tertentu sahaja atau lebih kerap memakan umpan di tempat tertentu sahaja. Aku bagitau tempat tu ialah antara depan kelong hingga ke dapur kelong atau tengah kelong sahaja. Aku tak pernah nampak ikan bandang dinaikan di kawasan tengah ke belakang. Tempat yang paling hot ialah tengah berhampiran dapur kelong.

Keempat, Ikan bandang menyambar umpan mengikut arus. Jika arus datang dari muara anda perlu memancing ke arah laut dan sebaliknya jika arus datang dari arah laut, anda perlu memancing ke arah muara.

Kelima, Kebiasaannya ikan bandang aktif menyambar umpan pada waktu air mula surut pada waktu pagi. Kekadang ada juga semasa air sedang pasang tetapi agak jarang. tempat yang masih hot ialah berhampiran dapur ke arah jeti shell. Kekadang semasa air mula pasang juga ikan bandang menyambar umpan tetapi agak jarang. Yang ni anda perlu melontar umpan ke arah muara di kawasan tengah.

MASALAH MEMANCING BANDANG

Masalah pertama, terdapat banyak anak ikan suka mencuri umpan sebelum ikan bandang menyambar umpan. Tak sampai seminit umpan udang hidup hanya tinggal kulit sahaja jika ada banyak anak ikan.

Masalah kedua, kawasan ikan bandang menyambar umpan agak terhad menyebabkan tidak banyak joran boleh dipasang.

Masalah ketiga, Ikan bandang agak sensitif dengan bunyi bising. Jika senyap dan tak ramai pemancing.. berpuluh kali strike yang kita boleh dapat. Lagipun kelong Pozi memang agak cetek.

Masalah kelima, Ikan bandang masuk ke kelong bermusim. pada tahun 2012 ikan bandang mula masuk pada bulan januari dan terus hilang selepas Jun. Ikan bandang timbul semula pada awal januari 2013.

Masalah besar, Jika joran anda sudah mengena, anda menghadapi satu lagi masalah di mana ikan bandang ni pandai melepaskan diri, aku dah biasa tengok ramai yang dah rabut begitu juga dengan aku sendiri. Tapi anda boleh rujuk cara mengendali ikan bandang dalam blog ini juga

No comments:

Post a Comment

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih