Monday, March 11, 2013

MENDUGA LUBUK KELONG MAMUD LUKUT

kelong mamud (kelong tengah)
Keinginan aku ingin menduga lubuk kelong Mamud telah lama aku pendam kerana sibuk dengan pakej dan juga tugas. Dari kelong pozi jauh aku sentiasa memandang ke arah kelong Mamud. Terdetik dalam hati, Bila la aku boleh naik kelong Mamud? 
Nak jadi cerita, pada ujung bulan Feb dan bulan Mac 2013 tiada pakej yang perlu aku sibukan. Apa lagi, aku ambil kesempatan ini menjenguk Kelong Mamud. Dalam trip pertama aku naik ujung Feb sekadar nak servay tempat dan nak curi2 rahsia Kelong Mamud dari pemancing lain. Nampaknya tiada rahsia yang aku perolehi kerana rata2 pemancing yang naik kelong pada hari tersebut hanya pemancing biasa. Dengan berumpankan udang hidup dan tamban hidup, aku hanya dapat menaikan seekor tetanda sebesar tapak tangan dan aku pulang dengan hampa. 
luas
Aku balik rumah dan cuba buat sedikit pencarian dan kajiselidik dengan botman2 kelong mamud. Selain itu, aku juga mengkaji sedikit teknik yang sesuai dengan kelong mamud yang agak dalam iaitu dalam anggaran 30 kaki lebih semasa air pasang penuh.  Ke dalaman ini berbeza dengan kelong Pozi yang cetek sahaja.
Selepas pulang dari kelong Bro Jas Melaka, aku repeat sekali lagi ke kelong Mamud. Pada kali ini aku tak bawa umpan langsung. Aku hanya bermodalkan apolo dan juga kolam takungan umpan. sesampai di kelong terus aku mengunjun apolo mencari tamban hidup. memang banyak yang aku dapat malah berlebih2 pula. 
Pada mulanya aku bercadang hendak menggunakan teknik pelampung tetapi masalahnya penggunaan pelampung mengikut arus mengganggu joran dan juga pemancing lain. Aku bertukar kepada teknik fly atau flying fox kerana banyak joran boleh di pasang mengikut arus. Aku lontar joran sejauh2nya lalu lepaskan tamban hidup pada perambut fly. Nasib aku baik kerana seekor gubal bersaiz hampir 2 kg dapat didaratkan semasa air surut setengah. Pada malam tu aku tidak tidur langsung kerana aku hendak menggunakan tek nik fly sekali lagi semasa air pasang penuh pada pukul 5 pagi. 
ada 12 bilik
Air pasang penuh lebih kurang pukul 5 .30 pagi. Aku terus menghulurkan  3 batang joran menggunakan teknik fly. Selain itu aku turut menggunakan sebatang joran dengan teknik drift. Tetiba, kekili yang menggunakan teknik drift berdesing kuat tetapi sekejap sahaja sebelum sepi semula. Tetiba generator elektrik pula terpadam kerana kehabisan minyak. Dengan berpandukan kesamaran cahaya dari langit, aku perasan salah satu joran aku yang menggunkan teknik fly seperti tersengguk2. Aku cepat2 membuka ikatan lalu menyentak lalu terasa berat. Sah joran aku sudah mengena dan anggaran aku seekor senangin berdasarkan cari larian yang memberat. Memang seekor senangin atau gubal yang lebih besar dari yang gubal yang pertama.
Pada kesiangan esok tiada apa2 ragutan langsung. yang aku tahu pada tengahari semasa air surut, seorang pemancing yang memancing arah darat berhampiran karang mendaratkan juga seekor gubal yang lebih besar dari yang aku dapat. Geram juga aku tengokan saiznya walaupun aku juga telah mendapat 2 ekor.
Untuk trip ni, aku juga cuba merisik2 lubuk di kelong mamud.  Mungkin lain kali, aku akan dapatkan lubuk dan teknik yang lain pula sebab aku ada juga mendengar ada lubuk ikan merah di kelong mamud.


ini aku yang punya

3 ekor gubal naik pada hari tersebut

10 comments:

  1. saya akan cuba teknik flying fox ni nanti jika naik mana mana kelong...camne pulak ngan teknik drift tu ye...wak tak pernah cuba...

    ReplyDelete
  2. tuan sy pernah try teknik flying fox ni di kelong ah yu tg leman, tp tak sangkut masa hook up, boleh beri tip mcm mana cara yg betul utk hook up teknik ni..

    ReplyDelete
  3. ikan yg selalu kena teknik fly ialah talang dan senangin dan alu2.. penggunaan teknik ni kena betul pada tempat dan jenis ikan sasaran.
    penggunaan teknik fly juga memungkinkan ikan tidak hook pada mata kail kerana tiada ketegangan semasa ikan melarikan umpan. kalau saya biarkan lama sikit supaya ikan betul2 sudah telan umpan.

    ReplyDelete
  4. penggunaan umpan yang cergas lebik baik berbanding umpan yg lembab..

    ReplyDelete
  5. Berapakah panjang perambut yg sesuai untuk teknik fly ni Tuan JP

    ReplyDelete
  6. kalu guna teknik fly kita boleh guna seberapa panjang yang kita suka.. tapi panjang sangat nanti mengganggu orang lain.. kalu tak ramai orang saya guna 2 depa.. pendek sikit lagi pun okey

    ReplyDelete
  7. drift... teknik hanyut tanpa batu aldung atau ladung yg kecil saja

    ReplyDelete
  8. Saya bru 5 bln mancing. Bot pun Baru beli di pkln lukut tu sebagai hobi. Ke laut bru sekali n mabuk teruk haha. Harap tunjuk ajar dr rakan2 pemancing. Tq tip dr Laman ni. 0126652189 azali.

    ReplyDelete
  9. Hi, I am Mr. Wong. May I know how to get to Kelong Mamud, Lukut? I am staying at KL. Your assistance is very much appreciated. Thanks.

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih