Thursday, June 13, 2013

CARA AKU GUNA UMPAN UDANG HIDUP DI KELONG POZI

hasil teknik kopek kulit kepala udang hidup pada waktu malam
setahun dua ni aku menggunakan umpan udang hidup di Kelong Pozi kerana terdapat beberapa spisis ikan yang aktif memakan umpan udang hidup. Kebiasaannya, kalau aku naik kelong Pozi, aku hanya membawa umpan udang hidup kerana bagi aku penggunaan umpan lain seperti sotong pasar, ikan pasar dan udang pasar tak efektif sangat di sini. 
Di sini aku nak bagitau sikit cara aku menggunakan umpan udang hidup di kelong Pozi. Kalau ada yang tak suka cara aku tu terpulanglah pada diri sendiri kerana setiap pemancing memang ada cara yang tersendiri dan mandrum sendiri. Tetapi bagi mereka yang baru mencebur diri tu saya galakan menggunakan tip ini kerana aku bukan sahaja memancing di kelong ni malah mencuba beberapa teknik penggunaan umpan supaya lebih efektif.
Biasanya ikan yang aku target dengan menggunakan umpan udang hidup ialah ikan daun baru, ebek, bawal pinang , tetanda dan bandang. Kesemua ikan aktif makan pada waktu siang sahaja kecuali daun baru dan tetanda. 
Okey, aku bagitau dulu cara aku menggunakan umpan udang hidup pada waktu siang. Kebiasaannya aku menggunakan 2 mata kecil sahaja( mata gelama) kerana ikan target aku pun jenis mulut kecil sahaja seperti ebek dan daun baru. Selain itu perambut juga aku guna saiz diameter yang halus juga kerana saiz ikan pun dalam lingkungan sekilo sahaja. Kalau kena yang besar tu nasib badan la tetapi terlalu jarang melainkan anda ada target yang lebih besar. Umpan udang aku cakuk sekor hidup2. Selepas 2 minit cuba periksa umpan anda. Jika sudah tiada menunjukan ada banyak anak ikan kecil di tempat tersebut, maka anda perlu ubah tempat atau rest dulu penggunaan umpan udang hidup untuk mengelakan pembaziran umpan. Kalau umpan udang bertahan lebih 5 minit anda akan berpeluang mendapat strike jika ikan masuk.
Aku juga ada buat sedikit kajian penggunaan umpan udang hidup di kelong Pozi pada waktu malam. Kebiasaannnya, anak ikan tak mengganggu umpan udang hidup pada waktu malam. Umpan udang hidup dapat bertahan lama kekadang sampai 3 jam pun umpan udang hidup masih ada dan segar. Ini menunjukan ikan sebenarnya kurang nampak atau tak nampak langsung umpan udang anda. Aku ada buat sedikit perubahan dengan cara penggunaan umapan udang hidup pada waktu malam. Aku menganggap memang ikan tak nampak umpan pada waktu malam dan ikan mencari umpan berdasarkan bau.
Oleh itu, aku membuang kulit kepala umpan udang hidup yang di cakuk pada mata kail. Aku biarkan otak udang tu bersepai dan mengeluarkan bau yang boleh menggoda ikan berdasarkan bau pula. Nampaknya percubaan aku agak berhasil dan kawan2 aku juga mengatakan cara ini lebih berkesan. Kebiasaannnya ikan daun baru dan tetanda yang selalu menyambar umpan cara begini.
Bagi anda yang nak mencuba teknik ni aku syorkan belilah umpan udang hidup lebih banyak sikit dan tak perlu beli umpan merapu meraban melainkan anda bawa sotong kurita, cumit yang belum kena ais atau belanak yang besar(yang kocik2 tak payah bawa). Dengan cara ini anda menjimatkan kos umpan untuk membeli umpan yang lebih bagus iaitu udang hidup. Selamat Mencuba Nasi Anda.

2 comments:

  1. Boleh tolong jelaskan sikit bgmn guna 2 matakail saiz gelama utk cangkuk udang tu?
    - 2 matakail utk 2 udang @
    - 2 matakail utk 1 udang,
    cangkuk di ekor ?


    Teknik yg diguna ?
    - Flying fox @ bottom @ floating

    TQ

    ReplyDelete
  2. Teknik ni memang banyak membantu. Sama lah juga area PortKlang, kadangkala ada tempat udang segar mati saja yang mendapat tarikan, yang hidup langsung tak di sentuh. Mungkin ikan hanya tertarik pada bau saja ketika itu.

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih