Wednesday, October 30, 2013

KAYAK FISHING BEBOLOS DI MUARA SUNGAI SEPANG KECIL

muara sungai sepang kecil semasa surut
  Sebenarnya, aku memang boring selepas kelas. Tak tahu nak buat apa pada waktu petang. Ingat nak pergi mancing kat jeti tapi rasa macam tak best pulak. Nak pergi berkayak sambil memancing kat tengah sikit tak ada pula orang nak teman. Bukan takut tetapi tak syok juga kalau orang kata kita ni melampau. Demi keselamatan, aku cancel kayak fishing kat tengah. Fikir punya fikir akhirnya keluar juga buah akal fikiran yang bernas.
Aku bercadang nak pergi kayak fishing di muara sungai sepang kecil. Lubuk memancing pun tak jauh dari pantai dan ada ramai orang. Jarak lubuk mancing tu antara 100 hingga 200 meter sahaja dari pantai selain airnya cetek sahaja. 
Dengan menggunakan joran ringan dan mata apolo sahaja kerana malas nak buat perambut, aku terus bergerak ke pantai Bagan Lalang lalu singgah di kedai Pancing Ah Tong di pekan Sungai Pelek nak beli umpan pumpun.
kokpit kayak aku
Sesampai aku di pantai, air masih baru pasang. Waktu yang sesuai bebolos meragut umpan. Aku kayuh kayak tak jauh pun, dalam 100 meter dari pantai aku labuhkan sauh dan juga mata joran. Oleh kerana aku masih belum tahu port bebolos yang sebenar, aku asyik jumpa port buntal sahaja. Berpuluh2 ekor buntal aku naikan. Ada ketika., kesemua enam-enam mata apolo aku putus dikerjakan buntal sekali gus. Naik angin aku dengan ikan buntal ni, walaubagaimanapun ikan buntal yang aku pancing tu aku amalkan CNR 'catch and release' biar orang lain pula yang kena.. hehehe. 
Aku beralih memancing ke kawasan beting dan terus dapat ragutan bebolos. Baru aku tahu, rupanya bebolos duk lepak mencari makanan di kawasan beting yang cetek sahaja di manaair paras lutut sahaja. Maka apalagi, operasi aku pun bermula. Selepas seekor, seekor bebolos aku naikan. Ada yang kecil dan ada yang besar. Semuanya aku bedal masuk dalam jaring. Sambil bebolos meragut umpan ada juga ikan lain yang berselang seli dengan bebolos meragut umpan aku seperti gegerut, tetanda, belukang dan semilang.
hasil pertama aku... hehehehe
Sambil duduk memancing tu, aku ada juga usha2 kawasan muara yang kecil dan cetek tu. Memang ada riak air menunjukan ada ikan yang lebih besar sedang mengejar anak2 ikan. Ada sekali tu, batu ladung aku jatuh berhampiran ikan besar menyebabkan ikan tu terkejut lalu mengambur dalam air. Tetapi tak pasti pula ikan apa yang berlegar2 di kawasan muara tu. Mungkin siakap, mungkin senangin atau mungkin baracuda. Kalau nak tahu juga aku kena test mancing ikan besar pula la kat sini.









anak senangin 

tetanda sesat kot

blues gang tidak terkecuali

target utama... ada kecil dan besar

ini juga banyak ekor yang naik

yamh ni banyak ekor aku dapat

air dah pasang nak penuh dan hari hampir senja.. pulang la

No comments:

Post a Comment

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih