JETI MEMANCING WAK SEMPO, BAGAN LALANG, SEPANG
 |
nombor telefon en Nasir : 0192699924
Jeti Wak Sempo ni memang dah lama terkenal dalam daerah Sepang pada masa dulu. Selepas Arwah wak Sempo meninggal, jeti tersebut terbiar. Jeti Wak Sempo terletak sebelah kiri jalan masuk ke Pantai Bagan Lalang, Sepang, Selangor. Walaubagaimanapun, semasa aku lalu jalan tersebut, aku lihat jeti tersebut telah dibina semula. Aku pun hentikan kereta lalu singgah sebentar. Rupa2nya jeti tersebut dibuka semula oleh anak arwah wak sempo berkongsi dengan kawan2 beliau. Selepas hari tu, aku ada singgah di jeti tersebut sebanyak 3 kali. Setiap kali aku singgah, ada sahaja ikan yang gred A dinaikan oleh pemancing. Ini membuatkan aku berminat nak tulis perihal jeti ini sekaligus membantu mempromosi tempat memancing ini. Bagi pemancing yang hendak memburu ikan gred A seperti kerapu, senangin, jenahak atau siakap dengan budget yang murah bolehlah berkunjung ke jeti ini.kalau nak maklumat lengkap boleh contact abang Nasir di talian 0192699924. |
 |
Untuk masuk dan memancing di jeti Wak Sempo, anda hanya perlu membayar RM4 sahaja untuk satu joran. Anda juga boleh membeli umpan pumpun dan udang hidup di jeti juga. Ini memudahkan pemancing ang perlu membawa peralatan memancing sahaja. Apa pun komen bagi saya, seeloknya anda menggunakan umpan udang hidup atau belanak kenana ikan2 gred A hanya suka umpan tersebut. Harga udang hidup juga murah iaitu 50 sen sahaja seekor. | | |
|
 |
Sebelum arwah Wak sempo meninggal, beliau ada meletakan beberapa buah tukun. Tukun tersebut telah lama berada dan kini tukun tersebut telah menjadi atau hidup. Mungkin anda tak percaya jika aku katakan kerapu merupakan penghuni utama tukun ini. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja henjutan oleh kerapu tetapi agak susah dinaikan kerana kerapu tersebut melarikan diri dalam tukun. Aku nasihatkan kepada pemancing supaya membawa rod yang lebih keras dan joran yang lebih lasak jika hendak memburu kerapu di sini. Saiz kerapu di sini boleh mencecah 7 Kg. Tukun utama terletak betul2 dengan bro yang duduk atas kerusi dalm pic di atas. |
 |
Selain itu, di kiri jeti pula ialah tempat tambatan bot. Struktur yang berceragah dan semak ini pula menyediakan lubuk bagi siakap. selalu sangat pemancing yang berjaya menaikan siakap di sini tetapi perlu mengetahui jadual air kerana siakap memang cerewet dengan arus dan masa makan. Baru2 ini aku lihat seorang pemancing berjaya menaikan seekor kurau dalam saiz sekilo lebih. |
 |
Kerapu saiz ini saiz biasa di jeti Wak sempo malah saiz yang lebih besar dinaikan seperti seminggu sebelum pic ini di ambil, ada seorang pemancing berjaya menaikan kerapu bersaiz 7 KG. Umpan udang hidup atau belanak potong yang paling baik untuk memancing kerapu., Biasanya, kalau mahu memancing jeti sewaktu air bergerak perlahan atau air kecil kerana arus deras boleh menghanyutkan batu ladung. |
 |
Pemancing juga tidak perlu risau hendak menunaikan solat kerana memang terdapat sebuah surau yang disediakan di jeti ini yang hanya jarak beberapa meter sahaja dari tempat memancing. Kalau agak kepenatan, apalah salahnya boleh melabuhkan badan sebentar sementara mengumpul tenaga kembali. |
 |
kalau terasa lapar atau dahaga juga tidak menjadi masalah kepada pemancing kerana terdapat sebuah gerai makanan yang menjual pelbagai jenis makanan sejuk dan panas. Semasa memancing, keperluaan mendapatkan makanan sangat penting kerana memancing memerlukan masa yang lama. Apabila memancing di jeti Wak Sempo, makanan tidak menjadi masalah. |
 |
Kalau perut dah kenyang pun menjadi masalah kepada kita juga. Jangan risau kerana di jeti wak sempo juga sebuah tempat untuk menunaikan hajat anda. Apa kata, mari kita pergi gempur jeti wak sempo untuk menngetahui penghuninya. |
 |
siap papan tanda jalan |
 |
ikan ni guna umpan roti gardenia saja |
 |
nak sewa bot pun adaaa.... |
 |
bukan satu tapi tiga bot untuk disewa |
boleh bagi full address x.
ReplyDeletejeti wak sempoh jalan bagan lalang sepang selangor
DeleteBole bwk balik or tangkap lepas?
DeleteMasih beroperasi ke tempat nie
Deleteasalmualaikum terima kasih dengan info saya pemancing baru yang minat utk memancing di tempat itu ....
ReplyDeleteMacam best je tempat ni bro. Musti chk it out nih..thanks for info. Ramai tak org mancing sini selalunye?
ReplyDeleteKalau mlm2 cuti mmg penuh la jugak... pernah gak naikkan kerapu kat sini.. saiz biasa. port mmg baek.. luas..
ReplyDeletetapi byk kali sangkut, mungkin pasal sangkut kat tukun kot...
blh sy dpt kn alamat tempat nie x?
ReplyDeleteminat mancing jugak ke??
DeleteJeti ni pun ada sewa sampan rm150 siap myk lau tak silap.. mggu ni ingat nak sewa la..
ReplyDeletemalam bley ke mancing?
ReplyDeletehurmm
ReplyDeletekalau nak mancing kerapu, senagin atau siakap.. pastikan arus air 2 hari sebelum mati.. dan 2 hari selepas mati,.. memang cun
ReplyDeleteApa saiz ladung dan mata yang sesuai kat sini bro?
Deleteramai duk tanya adress.. senang saja jalan pergi ke pantai bagan lalang tepi sungai sepang besar
ReplyDeletesalam en...mcm mana tempat nih sekarang..
ReplyDeleteok ke kalau nak pegi memancing..
as salam sy nak bertanya ada sesapa disini selalu turun pelabuhan kelang naik bot jika kekurangan team boleh ajak saya di no 01129040499 dzull.atau dimasa saja in sha allah sy nak join
ReplyDeletenak ikut
DeleteIn Sya Allah hujung minggu ni nak try kalau takde aral melintang.
ReplyDeletesesuai tak kalu bwk famli yang ada baby datang mancing kat sini?
ReplyDeleteBoleh bwk ikan tuh balik dak? ke nk kena lepaskan balik....
ReplyDeletekumpau
ReplyDeleteSama la kita..kita serupa...lalalalala..
DeleteKalau casting dibenarkan tak?
ReplyDeletekalau port clear apa salahnya,tapi hujung minggu agak ramai.susah kalau sangkut pancing orang.
Deletetmpt ni blh bwk family.. blh dikatakan lengkap.. cuma kdai mkn akn tutup pada hari khamis mlm jmaat.. kedai runcit jauh skit dlm 500 meter.. kna naik trnsport utk ke kedai runcit.. ikan mmg ler blh bwk blik sbb ni mancing sungai.. tempat ni dh semakin luas.. sewa bot skrg bkn rm150.. yg tu utk thun 2012.. skrg x silap sy dh rm 180.. klu pi mancing hari jumaat ptg hingga hari ahad ptg mmg ramai.. kdg2 x muat tmpt.. ikan kt cni mmg besar2 klu makan.. jeti ni di buka 24 jam.. klu guna GPS blh masukkan koordinat tmpt ni. 2"36"29.67 N / 101"42"09.31 E tq all .. from amir pancing.net
ReplyDeleteSy slalu lalu jeti ni, tp blom berkesempatan utk singgah. Mungkin raya tahun ni leh singgah sambil cuti2 malaysia ngan family...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteJaln nk pergi bagan k jln dh msuk nk g pntai bagan? Senang wt maps j bang ke tmpt lokasi
ReplyDeleteJaln nk pergi bagan k jln dh msuk nk g pntai bagan? Senang wt maps j bang ke tmpt lokasi
ReplyDeleteIkan Belanak ada dijual di sine tak?Sebagai umpan
ReplyDeleteklu nak sewa bot brape harga...................
ReplyDeleteIKAN BELANAK JALA SENDIRI SAJA TEPI JETI TU... BESAR2 LAGI
ReplyDeleteTq atas info...tgh bulan nie ingt nk pg mencuba..
DeleteXsabor lak nk pg.huhu
ReplyDeleteMang menarik tmpat nie...berjaya naikkan siakap, kerapu n kapas@kuku
ReplyDeleteApa cite berbaru kat jeti wak ni skrg?
ReplyDeleteitu hari dtg try dpt lah gelama pisang
ReplyDeletedari cerita dan info nampaknya tempat nie mmg menarik... insyaallah nak cuba juga lah masa cuti nanti....
ReplyDeleteSaya baru jer minggu lepas pergi jeti wak ni.. dapat ikan gelama juga. Masa tu air x berapa cantik sangat.
ReplyDeleteaku dh slalu sgt lepak sungai besar bagan ni....main bot..umah rakit..jeti..bbangau tu biasaa la..tp jarang balik kosong...aku penah naik ikan merah..kurau..jenahak..yg lain2 biasa la..sembilang..glamer..grut2...smbilang pisang...blukang....tapak sulaiman..sirat bodo...malong...ketam..tuka..ikan tutu ni semua yg aku penah naik kan.....Suumpah wlau ada bangau aku ttp happy lepak sana..riadah
ReplyDeletenampak best je jeti ni....blh test tu
ReplyDeleteJeti Wak Sempo : geo:2.608241,101.702586?q=Jeti+Wak+Sempo (You can copy the entire message and set it as destination in PAPAGO! Navigator by using navigate from clipboard.)
ReplyDeleteJmaat mlm lps sy baru g...dptlah gelama pisang....dan yg trbaru tntang jeti ni...byrn utk sbatang joran dh naik seringgit..dlu RM4...skrg RM5...
ReplyDeleteKalu nk mncing cni...wktu air besar...
ReplyDeleteHi, what is their operating hour?
ReplyDeleteUmpan ape paling mujarab kt cni? Sbb sy slalu pg jeti ni tiap 2 mgu selkali gna umpan udang hidup tp x penah srike ikan grade A lg stakat ni. So boleh shar umpan pe yg best kat cni.
ReplyDeletesalam..masih beroperasi ke tempat ni..boleh x nak tahu berapa harga umpan2 dan harga bagi 1 joran..dan jugak waktu beroperasi..t.q
ReplyDeleteJt ni xda ikan besar.semua kecik2..pecayah..jgn myesal nnt.
ReplyDeleteAku dh try mcm2 umpn hidup.mati..yg naik semua buntal jerrr
ReplyDeletemasih beroperasi ke tmp ni?hasil mcm mn?
ReplyDeletemasih beroperasi ke tmp ni?hasil mcm mn?
ReplyDeletemasih beroperasi ke tmp ni?hasil mcm mn?
ReplyDeleteBeroperasi lagi. 1 joran rm5. Tgk air jugak la bro. Hari tu kami pegi membangau jugak la. Tp tempatnye best rilex & cantik.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteas'salamekum..nk tanya cikit geng...at jeti nee open 24jam kew cam mane..??n kalau time mlm..ade kew umpan hidup d'jual at jeti tuh..??
ReplyDeletecamne nak ke tempat ni,,,cari dlm waze jeti wak sempo,bagan lalang,sepang,,, x de pun..
ReplyDeletesesape ada kat sana tu,,,add kan le tempat ni dalam wazw,,,senang org nak cari
ReplyDelete*** waze
ReplyDeleteJeti Wak Sempuh
DeleteDropped Pin
https://goo.gl/maps/Mt1CTpVaqw62
Ada bukak lagi tak jeti nie
ReplyDeleteSaya pergi dgn family, dari 4 ptg me 4 pagi.. seekor x naik.
ReplyDeleteMaaflah, ikan dah x de. Faktor pencemaran kot... sian anak saya. Terus ke Pantai Pengkalan Balak, dapatlah juga gelama besor tapak tangan
Salam, jeti ni masih buka ke? masih ada ikan ke dekat jeti ni?
ReplyDeleteMancing ni..kat mana pun kena sabar...ikan dalam air...rezeki Allah yg bagi...nak mudah kat pasar tg sepat je...macam macam ikan ada tu....siap ada sotong udang ketam pun boleh pancing kat pasar tu...cuma tak adalah trill dia...tak adalah riadah dia....
ReplyDeleteBuka lgi kew jeti nie ye
ReplyDeletesinggah semalam jeti nie ada lagi. sebelah jeti nie ada jeti nazri kalau tak silap. berhadapan jeti ada rumah rakit hobbit sekroy. Kalau tak dapat ikan boleh pilih ja ikan apa nak kat kedai tempat parkir jeti nelayan tu
ReplyDeleteSemalam i ada pergi pancing,air laju sangat kosong balik .
ReplyDeleteKlu mancing ari kerja,jam berapa sesuai gi? Ingat nak bawa famili try.
ReplyDeleteTempat ni masih beroperasi ke??ingat nk pegi weekend ni
ReplyDeleteSelalu ke bgn lalang sg pelik x pasan lak ada jeti ni..will try 1 day for sure insyaallah
ReplyDeletewaktu utk memancing 24 jam ke....
ReplyDeleteboleh update x berapa bayaran utk memancing dan sewa bot?
ReplyDeleteAssalamualaikum...ada sape2 tahu tempat mancing port byk ikan area bagan lalang dan sewaan bot sehari brpa...kalau ada whatsap 0133708704
ReplyDeleteAssalammualaikom... ada lagi ke tempat ni... klau ada besok nak halle ke sana..
ReplyDeleteDah pegi ke bang? Cmner ok ke tempat tu?
DeleteSya disini sekarang... Port baik ✋🏼🇲🇾👍🏼😎
ReplyDelete