 |
bertapa ilmu memancing tahap tertinggi |
Aku selalu dengar cerita ada satu port memancing di belakang Jinmah Power plant di muara sg Sepang. Salah seorang kaki mancing kat kelong beritahu bahawa dia pernah menaikan beberapa ekor ikan gubal menggunakan teknik casting. Salah seekor ikan gubal tu bersaiz 9 kg. Siap tunjuk gambar lagi, mahu tak terbakar hati aku. Tetapi tempat yang dia orang pergi tu tempat larangan kerana kawasan janakuasa.
 |
rupa dah macam ikan tapah tapi kat laut..???? |
Aku pun berminat juga hendak mencuba kawasan tersebut tetapi aku hanya pergi pinggir kawasan larangan sahaja. Aku tidak berminat kawasan larangan kerana boleh membuatkan mood dan feel memancing aku hilang.
 |
semilang saiz ni sedap dimasak kari |
Aku berpakat dengan cikgu Rosdi dan adik iparnya hendak memancing di sana dan mereka turut bersetuju. Masalahnya ialah kami perlu berjalan kaki membawa peralatan berserta makanan dan minuman sejauh 1 km lebih untuk ke lapang sasar memancing tersebut. Memang mengujakan dan agak mencabar bagi pemancing yang dah berumur dengan perut yang dah maju ke depan. Tapi minat punya pasal, ku sanggupi berjalan jua.
Aku memilih memancing kawasan pinggir pagar kawasan larangan dengan menggunakan umpan pumpun sahaja. dapatlah kami naikan beberapa ekor bebolos dan gelama. Aku turut mencuba umpan udang hidup tetapi tiada sentapan langsung melainkan umpan habis di bedal anak2 ikan kecil. Walaubagaimanapun, hanya joran yang menggunakan mata kail kecil sahaja membuahkan hasil anak2 bebolos dan gelama,
Setelah petang, baharu seekor semilang bersaiz 1 kg telah sudi menghenjut joran adik ipar Cikgu Rosdi. Walaupun tiada hasil yang memberangsangkan, tetapi trip ini tetap memberi kepuasan kerana kami turut mandi dan berenang sambil memancing tanpa gangguan manusia lain. Selain itu view serta keputihan pasir pantai turut menghilangkan rasa boring.
 |
sembahyang atau baring2 ni? |
 |
ikan yang dipancing terus dipanggang |
 |
nasi berkuahkan maggi |
 |
dalam tidur mimpi dapat ikan semilang |
 |
eh, mimpi jadi nyata! aku mimpi lagi ke? |
No comments:
Post a Comment