Friday, December 21, 2012

TIANG 18 TAPAK JAMBATAN PULAU PINANG

Sempena cuti akhir sekolah tahun 2012 aku balik bercuti di kampung. Aku bercuti di kampung tak la lama tapi aku cuba ambil kesempatan cuba try test memancing bawah jambatan Pulau Pinang. Selalu aku pergi dengan Alang adik aku tetapi dia dah pergi dulu. Nampaknya kali ni aku terpaksa berdikari bawah jambatan tanpa klu2 lubuk yang baik. 
Semasa aku nak pergi Alang balik dan membawa khabar gembira. Dia dah belasah 2 ekor talang, 2 ekor senangin dan seekor anak GT. Kata dia lagi banyak gak yang rabut bawah tapak membuat hati aku bertambah hangin.. bikin panas saja. 
Sesampai di jeti aku bertemu dangan satu group yang baru duk berjinak2 dengan tiang jambatan. Dia orang nak naik tiang 18. Kata dia orang banyak talang dan senangin duk melepak kat situ. Aku yang mulanya planing nak naik tiang 11 telah berubah hati nak naik tiang 18 jugak. Lagi pun group ni nak mancing sampai petang saja. Aku pulak nak stay sampai esok hari.
Petang tu aku dapat gak banyak umpan tetapi tak dapat pulak ikan2 besar. Air dah cantik.. aku tengok brader tiang 17 pulak dah naik seekor talang saiz 2 lg. Ni yang buat aku geram tapi nak buat camna.. aku tak pernah naik tiang ni. Sapa yang suruh cari penyakit. Macam2 cara aku try tapi gagal semuanya. Akhirnya aku mengalah gak.,.. aku terpaksa telefon adik aku untuk dapatkan sedikit klu. Katanya tiang 18 banyak talang dan mancing bawah tapak dan kat luar pun boleh. 
Malam tu sayang sekali.. banyak umpan aku mati pasal aku tak malas nak jaga. Akhirnya aku dapat gak menaikan seekor jenahak junior hampir sekilo berumpankan ikan bilis dan menggunakan mata gelama. Sebenarnya aku duk layan gelama tetapi jenahak pulak yang balun.. rezeki namanya. Heehehehe...
Esok pagi, awal2 lagi aku terus lontar joran nak cari talang. Dah orang kata tiang ni banyak talang, jadi aku pun cari talang la. Tetiba salah satu joran aku melendut.. kata orang utara. Akuy pun terus sentak dan menahan asakan sehingga ikan tu timbul menampakkan diri.. alu2 dan serentak tu juga perambut aku putus. Kasar juga alu2 tu dalam anggaran 3 hingga 4 kilo. Sedang arus tengah beralih, aku  mendapat seekor jenahak junior lagi tapi lebih besar sikit dari yang mula. 
Aku naik tiang 18 niat nak cari talang dan senangin tetapi jenahak pulak yang dapat.. rezeki. Tiang 18 memang popular di kalangan pemancing bawah jambatan pulau pinang tetapi nasib aku mungkin kurang baik atau pun aku yang tak pandai mancing kat tiang ni. Sama2 renung la... 

2 comments:

  1. Tiang 18 bela perai ke bro.adik bro dpt 2 talang n senangin dari tiang no rape bro

    ReplyDelete
  2. tiang 11 layan bawah tapak saja.. main gantung skit

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih