Wednesday, December 3, 2014

KAYAK FISHING CARI LESEN PEACOCK

PEACOCK TASIK PUCHONG PRIMA
Aku ni sememangnya dah agak lama bergiat dalam hobi memancing tetapi masih ada banyak lagi kekurangannya. Salah satu ialah aku belum pernah mendapat lesen peacock. nak jadi cerita, tengah berbual2 dengan Muaz di kedainya di Puncak jalil, beliau buka cerita ada peacock di Tasik prima Puchong. Aku pun memang dah lama tahu ada peacock di tasik berkenaan tetapi tak terlintas pulak boleh kayak fishing kat sana.
Apalagi, aku terus buat date line dengan muaz nak casting atas kayak. Dalam duk berbual2 dengan muaz datang la salah seorang pelanggan Muaz yang mengatakan beliau tahu bagaimana nak casting peacock di tasik tersebut. okey sangat la kerana bertambah la seorang lagi ahli kayak. oleh kerana beliau belum ada kayak, jadi muaz yang uruskan semuanya janji ada otai casting peacock yang boleh guidekan kita orang yang tak tahu apa2 pasal peacock ni.
Kami sampai awal pagi. Sebelum turun berkayak tu sempat2 la jugak kami berbual2 dengan beberapa pemancing lain. nampaknya tasik ni memang menjadi lubuk bagi kaki pancing warga bandaraya. Aku yang  masih belum memahami  rentak tarian ikan peacock bass, terkial-kial cuba casting dengan pelbagai rentak. namun masih juga belum mendapat sambaran. 
Sejam selepas tu, tetiba kami tiba di kawasan berumpai yang agak luas. Bro si Kawan Muaz dah dapat sambaran pertama dari seekor peacock bass junior. Lepas seekor, seekor lagi peacock yang beliau naikan. Dengan rasa berat hati dan tebalkan muka, aku menghampiri beliau dan cuba dapatkan tip2 casting yang betul.

1 comment:

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih