Tuesday, October 18, 2011

MEMANCING : PENENANG JIWA

Masa aku mula-mula memancing dulu, aku memang target dapatkan ikan yang banyak dan besar2. Oleh kerana keghairahan memancing hendak mendapatkan ikan, aku akan rasa kecewa apabila tidak mendapat ikan.
     Lama kelamaaan perasaan ingin mendapat ikan yang banyak berkurangan. Aku lebih target kepada mendapatkan ikan yang besar sahaja. Malah, jika tidak mendapat ikan pun aku tak kisah sangat. Apa yang penting, aku dapat keluar ke sesuatu tempat untuk memancing. bagiku, kalau mahu ikan yang banyak dan besar lebih baik pergi pasar kerana kos memancing selalu melebihi nilai tangkapan.
     Sekarang aku lebih suka memancing santai berbanding dahulu yang lebih target memburu ikan. Kalau pergi memancing bersama kawan rasa lebih seronok. Dapat berbual2 sambil memancing. Selain itu, memancing cara santai tidak menjadikan tekanan dalam diri. Malah, memancing secara santai lebih memberi ketenangan jiwa.     
     Tiada rungutan dan keluhan walaupun tiada ikan yang sudi menjamah umpan. sekarang, baru kau faham apa itu erti hobi memancing. Ada perbezaan yang besar dan ketara antara pemancing dan nelayan. Mungkin faktor umur dan pengalaman telah mengajar aku menjadi seorang pemancing dan bukan seorang nelayan. Aku menjadi lebih seronok dengan cara begini.

No comments:

Post a Comment

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih