Tuesday, July 26, 2011

MEMANCING DI KELONG POZI

Kelong pozi terletak di muara Kuala Lukut,Negeri Sembilan. Kelong ini kepunyaan Persatuan Nelayan Lukut. Kelong ini dijaga Pozi yang berniaga kedai makan di Kuala Lukut. Jarak perjalanan ke kelong dari jeti hanya mengambil masa 5 minit lebih bergantung cuaca atau sebatang rokok dunhill sahaja. Kalau di lihat dari segi luaran, orang akan beranggapan kelong ni tepi serta cetek. Ya, memang kelong ni tepi dan cetek sahaja. Cetek atau dalam tak penting asalkan kita tahu penghuni kelong ini.
    Kelong ini di kelilingi karang yang luas dan tebal. Ada tempat tertentu selalu sangkut sahaja. Selain itu disebelah luar mengarah ke laut terdapat satu beting yang cetek daan kadang2 timbul terus kalau air kimpas besar. untuk pengetahuan pemancing, karang dan beting merupakan lubuk yang terbaik untuk spesis tertentu kerana ini merupakan habitat makan ikan tertentu seperti kerapu, jenahak, senangin, pari, kaci,siakap dan lain2 lagi.
     Umpan yang paling popular: umpan ni senang mengena jika menggunakan apolo putih saiz 4,5 atau 6.
1. sotong cumit hidup - sotong ini bleh ditangguk atu dicandat. sotong bleh di potong halus2 atau sekor. saya selalu buat 3 umpan mengikut saiz. kalau besar bleh dijadikan 5 bahagian.
2.sotong kurita hidup - sotong kurita memang susah di cari tetapi di kelong ini kekadang sotong kurita terkena pancing.potong kurita kepada banyak bahagian mengikut bilangan tangannya.
3. Tamban hidup - tamban boleh di apolo semasa air pasang. tamban ikan nyang sensitiv jadi tamban yang diapolo perlu diambil perlahan lalu disimpan dalamm kolam takungan umpan. umpan perlu cergas. umpan boleh dicakuk sekor aatau potong.
4. Selar kuning - selar kuning juga boleh di apolo mengikut arus datang. selar perlu di apolo di tepi tiang mengikut arus masuk terutama hampir senja. selar juga perlu dibiar hidup dalam kolam takungan umpan.
5. bilis- bilis yang terdapat di kelong ni jenis bilis kasar. kekadang susah nak dapatkan tamban dan selar maka kita boleh apolo bilis putih yang hanya terdapat di bawah kelong terutama bawah dan tepi tangga semasa air surut hingga pasang separuh. apabila air dah penuh susah nak dapatkan bilis ni. bilis juga perlu dilepaskan hidup dalam kolam takungan umpan.

LUBUK IKAN DI KELONG POZI 
1. depan  tangga - dari tengah ke kiri. kalau kekanan suka sangkut kerana ada kelong. jarak dalam 30 meter. Ikan jenahak, tanda, pari, semilang dan alu2.
2. belakang tandas - dari beting di bawa ke kiri. jarak dalam 30 meter ke atas. Ikan jenahak,senangin, kerapu, tanda, yu kemejan, pari( lepas beting:kiri 100 meter), siakap, semilang dan gerepoh.
3. ke arah laut (jeti Shell) - betul bumbung skit anggaran 15 kaki dari depan. jarak 50 meter ke atas. Ikan jenahak, kaci,senangin ,talang,yu,alu-alu dan semilang.
4. ke arah kuala - 15 kaki dari depan. jarak 20 hingga 30 meter. tanda dan jenahak.
5. ke arah muara - betul tandas. guna mata pancing halus berumpan pumpun atau udang potong. daun baru dan gerut-gerut.
6. tepi dan depan tangga - jarak 2 hingga 5 meter. semasa air penuh pagi atau hampir senja. umpan udang atau tamban. ikan gerepoh dan ebek dalam saiz 1 kg.
 7. ke arah laut - 2 meter dari depan. tepi kelong semasa air pasang setengah. awas.. kerapu tarik masuk bawah kelong

WAKTU IKAN MAKAN DI KELONG POZI
1. tanda - waktu awal pagi (7 pagi) atau semasa air mula surut laju
2. jenahak - air pasang penuh ke bawa surut laju pagi atau malam.
3. talang dan alu-alu - semasa air surut di bawa ke pasang penuh terutama semasa air perlahan
4. gerepoh dan ebek - air pasang penuh ke arah surut sedikit.
5. pari - tak kira masa, yang besar makan semasa air surut dan yang kecil semasa air mula pasang
6. kerapu - semasa air surut dan pasang hingga setengah (waktu air agak tenang )

No comments:

Post a Comment

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih