Tuesday, March 4, 2014

PESTA EBEK DAN BANDANG 2014 DI KELONG POZI

kelong pelbagai spisis ikan
Ini merupakan tahun ke - 3 ikan bandang menggempur di kelong Pozi. Maksud saya ikan dah mula masuk ke kelong Pozi lagi untuk tahun 2014. Bagi sesiapa yang nak dapatkan lesen ikan bandang boleh la singgah di Kelong Pozi terutama semasa air berarus menyorong besar. Jangan lupaaa.. jangan lupa bawa lebih umpan udang hidup sekurang2nya 30 seekor untuk seorang. 
Kebiasaanya, selain ikan bandang ikan ebek dan daun baru turut serta dalam pesta makan di kelong pozi. Malah, dalam banyak2 ikan bandang dan ebek kekadang terselit juga ikan GT dan juga Gerung Belang. Penanda awal yang saya tahu apabila joran Rizal yang bertali sulam 80 lb habis ditarik keluar pada pertengahn bulan feb 2014.
1 mac 2014
Aku nak ingatkan pemancing jika nak mengail ebek, bandang dan daun baru di kelong Pozi agar menggunakan perambut maksima 40 lb jenis halus dan mata kail berkualiti saiz gelama sahaja. Selamat mencuba.. oopppp. lupa nak bagitau pulak. Aku jangkakan pesta ni mungkin berakhir pada bulan Mei berdasarkan jadual2 ikan tahun lepas. kalau tersalah kiraan tu jangan la nak salahkan aku plak.. aku ni cuma peramal sahaja.















bandang, ebek, daun baru, tamok dan jejulung

daun baru saiz pingggan jadi taruhan

Thursday, January 23, 2014

MEMANCING TALANG DI KELONG MAMUD KUALA LUKUT


kelong mamud Tengah (12 bilik)
Salah satu perkara yang menarik kelong tengah atau kelong besar mamud ialah ikan talang. ikan talang kebiasaannnya menyerang dalam kumpulan. Kita boleh ketahui talang masuk kelong berdasarkan bunyi atas air semasa talang mengambur menyambar anak2 ikan. Kebiasaannya talang mengambur menyambar anak2 ikan secara beramai2 dan berturut2. Jika anda melihat keadaan ini, adalah rugi jika dibiarkan sahaja.
mungkin apa yang saya tulis ni berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sendiri. Jika ada salah dan silap berdasarkan pengalaman orang lain aku mohon maaf la ek.
Talang kebiasaannya bergerak dalam kumpulan dan aktif menyambar umpan semasa arus bergerak perlahan. Jadi kita perlu pilih hari yang sesuai dengan arus. Arus menyorong mati atau arus mula menyorong besar memang sesuai kalau nak cuba layan talang di kelong mamud. Kalau bernasib baik anda akan dapat merasakan serangan talang. Berdasarkan pengalaman aku, kalau talang masuk banyak tidak mustahil anda boleh mendapat 30 kali ke atas strike. Memang kelam kabut kalau anda memancing berseorangan tanpa bantuan kawan tertama pada waktu awal pagi hingga tengahari. Jadi tarikh yang sesuai nak mancing talang di kelong mamud adalah seperti berikut iaitu 5,6,7, 9,10,11, 19,20,21,23,24,25 kalendar hijrah dan bergantung dengan arus semasa dan setempat.
kalau kena masa dan teknik.. tidak mustahil
salah satu teknik yang biasa di gunakan oleh pemancing ialah menggunakan apolo. Apolo mata merah berbulu warna-warni paling diminati talang kelong mamud. Sebaliknya aku pula lebih suka menggunakan teknik umpan hidup. Di sini aku nak beritahu teknik menjinakan talang di kelong Mamud menggunakan umpan tamban hidup atau selar hidup.
Ikan talang memang pandai curi umpan terutama talang2 junior.Jadi, penggunaan mata kail yang kecil sebesar mata kail gelama dan perambut panjang sedepa memberikan lebih peluang anda menaikan ikan talang. Selain itu anda perlu mengetahui juga kawasan mana port utama ikan talang mencari makan samada depan atau belakang kelong. Kalau talang berada di depan kelong, kebiasaannya tidak akan ada strike di belakang kelong.
Aku harap sedikit tip ini boleh menjadi panduan buat kaki2 pancing terutama kepada mereka yang baru berjinak2 memancing di kelong Mamud.

Wednesday, December 18, 2013

CENCARU MAKAN PAGI DI TIANG 32 JAMBATAN PENANG

jambatan yang menyimpan 1001 cerita Sang Pengail
Sempena cuti yang panjang berpanjangan, aku ambil kesempatan ni menjengok mak di kampung. Tetapi semasa nak berangkat balik tu aku dah sibuk2 siapkan peralatan untuk pergi berjuang dah. Selain balik nak jengok mak, aku balik pasal kenduri pak cik di Bukit Petai batu Melintang Tikam Batu. Macam biasa la, menyelam sambil minum ayaq sangat penting bagi kaki pancing ni. Kalau tak menyelam sambil minum tu rugi di kira rugi dan buang masa la.
Abis saja kenduri, aku dengan adik aku plan nak pergi memancing bawah jambatan. Dia pun dah lama tak turun mancing. Kali ni adik aku yang nombor 7 juga nak ikut. Dia ni bukan kaki mancing sangat tapi luck pergi memancing dengan dia tetap ada. 
Sampai di jambatan, aku plan nak test tiang 35 lagi tapi kata boatman Si Zam tak boleh mancing di tiang tu sebab ada jaring yang tersangkut di tiang. Mula2 kami berpecah dengan 2 orang adik tu. Aku pergi test tiang 36 tapi membangau saja. Adik aku yang pergi test tiang puaka tiang 47 juga membangau. Jadi kami ambil keputusan bergabung di satu tiang sahaja memandangkan mata apolo ada 2 sahaja itu pun ihsan pemberian pemancing lain. Apolo yang ada hanya apolo bersaiz besar sahaja. 
layan cencaru yang masuk kat tiang
Kami berubah tiang waktu dah lewat petang. Arus masih kuat. Jadi kami apolo umpan sebanyak yang boleh. Nasib baik ada tamban tetapi tamban yang kami dapat tu saiz lauk dah dan bukan saiz umpan. Dalam celah2 tamban tu ada juga cencaru yang naik tetapi saiz kecik2 sahaja. Kami lepas balik sahaja memandang tak sesuai lagi nak buat lauk. 
Petang tu, aku dapat la naikan sekor baracuda dalam saiz 2 kg sahaja menggunakan teknik flying fox. Malam tu kami membangau lagi. Tak ada ikan yang sudi meragut umpan walaupun ada nampak kelibat ikan mengambur. Tetapi sebaliknya, jiran kami di tiang 30 pulak sebalik pula ceritanya. Malam tu kami dengar berdesing2 kelili berbunyi. Pagi esok dapat la berita. Pemancing tiang 30 naikan 4 ekor ikan dan salah sekor ialah siakap seberat 9.4 kg.
alu2 guna teknik flying fox
Pagi tu aku test apolo nak cari umpan tamban. Dapat la tamban dua tiga ekor. Tengah syok layan apolo, tetiba joran apolo aku melengkung baik di henyak ikan. Dengan joran yang lembut dan mata apolo yang kecik, aku layan perlahan2 dan naik la 4 ekor cencaru saiz lauk. Aku syorkan pada adik aku supaya menggunakan mata apolo yang lebih besar dan joran yang lebih keras. Memang banyak pula cencaru yang naik pada hari tu. Apa lagi, kami layan cencaru saja la memandangkan ikan2 besar tak nak sambar umpan. 
Tengah syok layan cencaru, aku tetap juga lontar umpan kasai terutama semasa air nak beralih. Naiklah sekor jenahak makan senyap. Itu pun adik aku yang layan. Aku lontar lagi pada tempat yang sama betul2 tepi tiang nombor 33. Nasib aku baik, seekor pari tanduk pula yang sudi menjamah umpan kasai aku lagi. Kali ini adik aku yang nombor 3 pula yang layan. 
jenahak tepi tiang no 33
Sementara menunggu bot balik, kami tetap layan apolo cari cencaru. Semasa hari semakin petang, semakin kurang cencaru menyambar apolo. Semasa perjalanan pulang dalam bot tu, Zam si Boatman minta sedikit cencaru nak buat lauk. Apa pun terima kasih pada Si Zam yang sentiasa memberi tip2 tiang terbaik di Jambatan Penang.








pari tanduk memang sedap isinya

sekor saja jenahak


buat lauk

Monday, December 9, 2013

KAYAK FISHING DI KELONG POZI MEMANG BEST

terdapat beting dan karang di belakang kelong Pozi
Sebenarnya, selama aku menyepi menulis ni aku masih aktif memancing. Oleh kerana aku dah ada kayak, aku layan kayak fishing saja la. Ada la 7 ke 8 kali aku layan kayak fishing di Kelong Pozi sekitar belakang karang di kelong. Ada kala aku kayuh pagi atau tengahari dan pulang lewat petang.  Ada kalanya aku kayuh hari ini dan pulang esok di mana malam tu aku bermalam di kelong saja.
Pada pendapat peribadi aku, kayak fishing di sekitar kelong Pozi memang best kerana memang terdapat banyak ikan seperti tetanda, kerapu, jenahak, gerut2 dan pelbagai spisis ikan karang. Selama duk mancing atas kayak di kelong ni, aku dah naikan 3 jenis kerapu iaitu kerapu biasa, kerapu keling dan kerapu karang. Setiap kali aku turun, setakat 3 kilo ikan campur2 senang saja dapat. Ada kalanya tak menang tangan aku layan 2 joran. Umpan plak jangan risau, bawa apolo saja kertana memang banyak anak tamban di belakang beting dan atas karang. Tak perlu lontar joran, hanya celup saja mata apolo dah boleh dapat umpan. Tapi awas, sekali sekala pasti ada henjutan yang kasar tetapi semuanya masuk karang.
first kayak fishing di Kelong Pozi
Selain ada pelbagai spisis ikan di karang Kelong Pozi, arus di kawasan ini juga memang cun. Terletak di kawasan teluk membuatkan arus di sini agak perlahan malah aku menggunakan batu ladung yang paling kecil saiz 1 atau 2 sahaja. Selain itu, penggunaan batu ladung kecil juga untuk jimat kos kerana mudah tersangkut pada karang terutama jika dapat tarikan ikan kerapu. Arus yang perlahan juga membolehkan aku menggunakan sauh yang kecil sahaja.
Sebab ketiga aku kata best kayak fishing di sini ialah kerana ada kelong Pozi tu sendiri. Bayangkan ketika tengah syok kayak fishing datang angin ngan ribut sekali. Mana nak lari kalau kayak fishing di laut terbuka. Jadi kalau  kayak fishing di sini boleh la aku lari naik kelong kejap menanti laut reda semula. Selain itu, jika  nak kayak fishing 2 hari pun boleh. Siang aku kayak fishing, malam aku tidur atas kelong la. Kayak juga aku tarik naik atas kelong. Alatan serta pakaian boleh minta boatman kelong yang hantar. Aku bawa alatan memancing dan kminuman atau sedikit bekalan makanan.
Memang syok layan kayak fishing tetapi aku tetap tidak mengabaikan keselamatan diri. Aku tetap pelajari selok belok arus dan juga pasal gumpalan awan dan arah amgin. Yang penting memakai jaket keselamatan. Dalam syok memancing tu ada satu yang kurang bagus kalau layan kayak fishing ni. Kalau takut kulit menjadi gelap segelapnya jangan la layan kayak fishing. 

dalam kes kecemasan.. lari naik kelong la

spisis biasa di karang belakang beting di kelong pozi

kerapu apa tah... 

jenahak belakang beting Pozi

ikan karang semuanya

Wednesday, October 30, 2013

KAYAK FISHING BEBOLOS DI MUARA SUNGAI SEPANG KECIL

muara sungai sepang kecil semasa surut
  Sebenarnya, aku memang boring selepas kelas. Tak tahu nak buat apa pada waktu petang. Ingat nak pergi mancing kat jeti tapi rasa macam tak best pulak. Nak pergi berkayak sambil memancing kat tengah sikit tak ada pula orang nak teman. Bukan takut tetapi tak syok juga kalau orang kata kita ni melampau. Demi keselamatan, aku cancel kayak fishing kat tengah. Fikir punya fikir akhirnya keluar juga buah akal fikiran yang bernas.
Aku bercadang nak pergi kayak fishing di muara sungai sepang kecil. Lubuk memancing pun tak jauh dari pantai dan ada ramai orang. Jarak lubuk mancing tu antara 100 hingga 200 meter sahaja dari pantai selain airnya cetek sahaja. 
Dengan menggunakan joran ringan dan mata apolo sahaja kerana malas nak buat perambut, aku terus bergerak ke pantai Bagan Lalang lalu singgah di kedai Pancing Ah Tong di pekan Sungai Pelek nak beli umpan pumpun.
kokpit kayak aku
Sesampai aku di pantai, air masih baru pasang. Waktu yang sesuai bebolos meragut umpan. Aku kayuh kayak tak jauh pun, dalam 100 meter dari pantai aku labuhkan sauh dan juga mata joran. Oleh kerana aku masih belum tahu port bebolos yang sebenar, aku asyik jumpa port buntal sahaja. Berpuluh2 ekor buntal aku naikan. Ada ketika., kesemua enam-enam mata apolo aku putus dikerjakan buntal sekali gus. Naik angin aku dengan ikan buntal ni, walaubagaimanapun ikan buntal yang aku pancing tu aku amalkan CNR 'catch and release' biar orang lain pula yang kena.. hehehe. 
Aku beralih memancing ke kawasan beting dan terus dapat ragutan bebolos. Baru aku tahu, rupanya bebolos duk lepak mencari makanan di kawasan beting yang cetek sahaja di manaair paras lutut sahaja. Maka apalagi, operasi aku pun bermula. Selepas seekor, seekor bebolos aku naikan. Ada yang kecil dan ada yang besar. Semuanya aku bedal masuk dalam jaring. Sambil bebolos meragut umpan ada juga ikan lain yang berselang seli dengan bebolos meragut umpan aku seperti gegerut, tetanda, belukang dan semilang.
hasil pertama aku... hehehehe
Sambil duduk memancing tu, aku ada juga usha2 kawasan muara yang kecil dan cetek tu. Memang ada riak air menunjukan ada ikan yang lebih besar sedang mengejar anak2 ikan. Ada sekali tu, batu ladung aku jatuh berhampiran ikan besar menyebabkan ikan tu terkejut lalu mengambur dalam air. Tetapi tak pasti pula ikan apa yang berlegar2 di kawasan muara tu. Mungkin siakap, mungkin senangin atau mungkin baracuda. Kalau nak tahu juga aku kena test mancing ikan besar pula la kat sini.









anak senangin 

tetanda sesat kot

blues gang tidak terkecuali

target utama... ada kecil dan besar

ini juga banyak ekor yang naik

yamh ni banyak ekor aku dapat

air dah pasang nak penuh dan hari hampir senja.. pulang la

Tuesday, October 29, 2013

BERKAYAK DAN BERKENU SAMBIL CASTING DI TAMAN NEGARA RELAU(Hari pertama)

bergambar di Perhilitan Taman Negara merapoh
Sebenarnya aku tak plan langsung nak pergi ke Merapoh kerana setahu aku Merapoh hanya terkenal untuk aktiviti mendaki daan menjelajah gua sahaja. Entah macam mana suatu hari aku dapat panggilan dari En Muaz iaitu salah seorang penggiat aktiviti kayak di Malaysia. En Muaz ajak aku pergi berkayak sambil memancing di Taman Negara Relau Merapoh. Menurut en Muaz Taman negara telah membuka pakej berkayak dan berkenu di Sg Tanum sambil memancing.
Pada perancangan awal, ramai yang nak pergi tetapi telah menarik diri di saat akhir dengan pelbagai alasan yang selalu dah dengar. Aku tak lah kisah sebab memang dah faham kalau kena keluar dua tiga hari. Oleh kerana ada kekosongan, aku cuba ajak wartawan Amang dan Faiz dari majalah Umpan ke sana. Aku sengaja ajak Amang kerana beliau memang minat casting di jeram tetapi tak berupaya nak tracking. Pada fikiran aku, berkayak memang sesuai dengan beliau. Setelah persetujuan mencapai kata sepakat maka kami bertolak pada malam jumaat dari Puncak Jalil (Kedai alatan rekreasi milik En Muaz) bersama 2 buah kayak. Manakala 2 buah kenu kami sewa sahaja dari Taman Negara. 
di garisan permulaan
Sesaampai di Perhilitan Relau kami buat pembayaran serta mendapatkan permit memancing dan permit kamera. Kayak dan kenu di masukan ke dalam Hilux dan barang2 kami yang lain termasuk kami di dalam Hilux yang lain. Perjalanan kami ambil masa lebih kurang 15 minit juga sebelum sampai ke destinasi permulaan kayak melalui jalan berturap tinggalan Angkatan Tentera Malaysia. Setelah sampai, segala peralatan terus dipunggah ke dalam kayak dan kenu. Maka bermulalah expidisi berkayak sambil memancing di Sg Tanum.
Baru seminit berkayak. kami dah melului jeram mini. Sebuah kayak dan 2 buah kenu berjaya melepasi halangan pertama tetapi kayak aku bersama faiz telah mengalami masalah stereng telah terbalik( hehehe cover la sikit). Habis basah pakaian dan termasuk sebuah kamera Majalah Umpan. Pada sejam yang pertama kami hanya berkayak sahaja walaupun nampak kelah dan tengas bersimpang siur bawah kayajk sahaja. Bukan apa, kena cover la juga supaya tak dikatakan jakun hehehe..... Selepas sejam berkayak, aku nampak Amang yang jadi penumpang kenu dah mula melontar, kami pun apa lagi. Walaubagaimanapun, melontar joran dari atas kayak double agak sukar. kalau aku lontar, Faiz tak boleh lontar. Tetapi lain pula dengan kayak single, aku nampak Muaz selamba dan cool saja melontar gewang.
walau terbalik namun masih steady kayuh
Walaubagaimanapun expidisi ini bukan lebih tertumpu kepada memancing kerana Muaz sekadar nak servay perjalanan sungai dan jeram. Memang banyak jeram2 mini dan halangan2 mini yang kami tempuhi. Begitu juga dengan lubuk2 kelah dan tengas yang dalam di mana airnya hitam dan menunjukan ke dalaman lubuk. Boleh di katakan setiap satu selekoh atau halangan pasti akan terjumpa dengan sebuah lubuk. Kalau bukan kerana kami sekadar nak servay dah pasti aku duk bertapa di setiap lubuk. Memandangkan masa perjalanan kami masih jauh, maka kami sekadar melontar gewang di tempat2 tertentu sahaja. Nampaknya rezeki aku dan faiz hanya rezeki mata sahaja melihat kejor dan tengas meligan gewang tetapi tiada hook. Sebaliknya Amang pula berjaya menaikan 2 ekor ikan kejor bersaiz setapak tangan. 
Oleh kerana perjalanan hari pertama kami mula lambat, kami terpaksa bermalam ditapak perkhemahan ciptaan guide sahaja memandangkan hari nak hujan. Malam tu memang hujan betul dan kami banyak menghabiskan masa dengan makan dan berbual sahaja. Nak mancing apa kalau dah kesejukan sehingga ke tulang sum-sum. Akhirnya kami melayan tidur sehingga kesiangan, ingatkan awal lagi rupa2nya dah lewat tengahari. Kegelapan kerana hari hujan dan keredupan dalam hutan membuatkan kami tak perasan hari dah lewat.

PESTA PARANG DAN TALANG 2 DI KELONG MAMUD KUALA LUKUT

kelong tengah ma mod
2 minggu sebelum tu, aku dan Rizal telah mendapat rentak bagaimana nak layan ikan parang dan talang di Kelong Mamud tengah. Jadi pada minggu ni, aku cuba dengan persembahan yang lebih menarik memandangkan dah ada sedikit pembayang2 bagaimana nak layan ikan parang dan talang di kelong Mamud.
Selain target ikan parang dan talang, aku juga target senangin gubal yang turut masuk bersama parang dan talang. Jadi aku sediakan juga 4 batang joran 17 kaki. 
Macam biasa, semasa air mula bergerak pasang perlahan, dengan berumpankan anak tamban comel yang kecil aku cuba memikat parang dan talang. Namun awal petang tu ikan tak galak menyambar umpan aku pulak tetapi galak menyambar umpan jiran aku yang berada di sebelah hujung kelong. Bergasak juga aku tengok dia orang menggasak talang. 
baracuda koyan berumpankan tamban
Dalam duk bergasak talang tu, tetiba salah satu joran dia orang dah dapat ikan talang tetapi depan mata aku talang tu dek kena cukai dengan baracuda. Dengan selamba saja talang tu dah tinggal sekerat. Aku pun apa lagi, cari senjata maut aku untuk baracuda iaitu koyan. Aku pasang satu koyan saja di mana baracuda tu potong talang di tepi tiang. Malam tu, baracuda malang tu menjadi milik aku dengan hanya berumpankan tamban saja.
Berbalik kepada cerita aku memburu gubal pula, malam tu salah satu joran aku memang kena hentak dengan sekor gubal dalam anggaran saiz 2 kg lebih sikit kot tetapi kecuaian aku yang tak pandai melayan menyebabkan gubal tu berjaya memuttuskan perambut 60 lb aku. Berputih mata saja lah. Selain kejar gubal tu, aku juga cuba intai2 lubang jenahak di kelong Mamud dan nasib aku agak baik kerana 2 ekor jenahak junior menjadi habuan aku. Malam tu Rizal naik kelong dan macam biasa aktiviti malam hanya banyak tidur sajalah.
hasi; parang aku sorang
Pagi esoknya, pesta parang pun bermula dari awal pagi hingga petang, tetapi sayang sekali banyak yang rabut mungkin ikan parang pun dah belajar teknik nak melepaskan diri. Hampir separuh strike gagal kerana ikan pandai memuntahkan balik umpan yang di telan jika lambat sentak. Walaubagaimanapun, hampir petang tong putih aku dah hampir penuh dengan ikan parang, talang, jenahak dan baracuda. 3/4 baracuda tu aku potong bagi pada kawan2 atas kelong manakala ikan2 yang lain tu aku hadiahkan pada kawan2 dan selebihnya untuk 2 mertua aku di  Kg Salak Tinggi dan Banting. Aku tak ambil sekor pun kerana 2 hari lagi Raya Korban dan makan daging saja lah.


memang lumayan 


kalaulah selalu begini kan best

AKU SEORANG PEMANCING

My Photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih