Aku ada beberapa kali pergi memancing di Jeti Cikgu sungai Sepang. Bukan apa pun, sekadar nak test power tempat ni. Lagi pun jeti ni baru siap di bina. Aku ada juga dengar beberapa orang pemancing pernah menaikan kerapu, siakap, senangin dan juga senohong di sinAda juga beberapa malam aku test kat sini tapi masih tiada sentapan yang kasar . Tapi semasa aku balik saja, ada pemancing yang naikan ikan. Dalam banyak hari aku memancing tu, aku ada miss 1 hari. Ada seorang mamat tu, berjaya menaikan siakap 7 kg hanya berumpan ikan potong sahaja. Bukan itu saja, dia juga dapat 2 ekor senohong bersaiz 1 kg lebih. Mahu naik angin aku mendengarnya. Tapi masa aku repeat balik, aku dapat la juga, bukan ikan tetapi sesirat. Mungkin nasib aku kat jeti ni agak kurang dan terpaksalah aku akui aku memang lengit di jeti ni. Kalau ada sesiapa yang nak menyewa jeti ni boleh lah menelefon en hafiz iaitu 013 3283660
 |
nak sewa bot pun boleh call hafiz |
 |
kalu rajin masak sendiri |
 |
redup di bawah jeti |
 |
view yang menarik
|
Salam bro,nak ty jeti ni besar x?sesuai x untuk 7-8 org?
ReplyDelete