Thursday, September 6, 2012

BERAYA BAWAH JAMBATAN PULAU PINANG.

view jambatan penang dari atas bot
Sempena cuti raya aidifitri 2012 yang agak panjang, aku mengambil keputusan untuk tinggal lama sikit di kampung.Yang sebenarnya aku memang ada plan nak pergi memancing bawah jambatan pulau pinang Jadi aku beraya di Selangor dulu kerana perlu ambil hati isteri aku. Raya kedua aku pun balik ke Baling. Sesampai di rumah mak aku sahaja, salah seorang adik aku yang bukan kaki pancing telah bertolak untuk memancing di tuas Yan. Bukan main terbakar hati aku apabila mendengar khabar sebegini. Nak jadi cerita pula, salah seorang adik aku yang dikenali dengan panggilan Alang mengajak aku memancing di bawah Jambatan Penang. Apa lagi, aku yang mengantuk disorongkan bantal. Kecik tapak tangan, dulang aku tadahkan. Walaubagaimanapun, aku terpaksa beraya dulu lebih kurang dengan saudara mara. Kalau tak tak tentu pasal kena leter dengan mak aku. Aku selalu ingat ungkapan mak aku "Balik jauh2 semata2 nak memancing lebih baik tak payah balik." 
adik aku atau dikenali panggilan Alang(kiri)
Apabila dah beraya lebih kurang, aku dengan Alang bertolak awal pagi ke lapang sasar memancing di bawah jambatan Penang. Walaupun awal, tetapi ada insan kemaruk memancing yang lebih awal telah sampai di Jeti Sg Batu. Dalam perjalanan ke bawah jambatan, aku tengok dah ramai pemancing di tapak jambatan. Menurut botman atau lebih dikenali Pak Ali, ada pemancing yang sudah 3 hari duduk bertapa memancing sempena cuti raya. Ada juga kaum cina yang ambil kesempatan cuti raya memancing bawah jambatan Penang. Reputasi ikan bawah jambatan Penang yang selalu menghairahkan telah menjadikan lebih ramai pemancing bertapa di bawah jambatan. Alang memilih memancing tiang nombor 27 manakala aku mengikut sahaja. Lagipun Alang memang mahir memancing bawah jambatan penang kerana dia tinggal di Kuala ketil dan tidak jauh dari jambatan Penang. 
seaview bandaraya Georgetown dari tapak memancing
Pada hari kami sampai, arus laut agak perlahan dan carus yang baik untuk memancing tetapi sayang kerana agak keruh. Sesampai sahaja kami terus mengisi kolam umpan dengan air dan anak2 ikan bilis. Selain itu terdapat juga beberapa ekor tamban dan bersia yang dapat di apolo. Dari pagi hingga malam tu, hanya gelama dan duri sahaja banyak menghabiskan umpan anak bilis. Walau bagaimanapun seekor anak kerapu, anak GT dan seekor jenahak junior telah berjaya dinaikan. Malam tu, aku tengok alang banyak menghabiskan sisa2 malam dengan tidur sahaja. aku sahaja yang sekali sekala bangun lalu menukar umpan tetapi tetap tiada hasil langsung. Hanya duri dan gelama yang sudi mengcangkuk diri pada mata kail.
Keesokan pagi, air laut agak jernih dan bersih. Alang telah menaikan 4 ekor jenahak junior lagi. Ada sekali tu, kekilinya berdesing nyaring tetapi sayang kerana rabut setelah batu ladungnya tersangkut pada karang bawah tapak jambatan.
setiap tiang jambatan penang ada lubuk tersendiri. kena cari la...

No comments:

Post a Comment

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih