kelong dinding merah |
Aku cuba juga mancing malam tu, tapi tak ada getuan langsung. Aku labuhkan badan saja dalam hemop dan terlelap lena2 ayam. Bangun pagi, salah satu joran 17 kaki yang aku hulur umpan kat atas beting dah putus tali utama. Mungkin sang pari yang punya angkara. Nak buat camna, dah tak ada rezeki sebab tertidur.
Pagi tu, banyak pula anak tamban comel2 aku apolo tepi kelong saja. Mungkin sunyi tak ada orang lain, anak tamban pun berani datang hampir dengan kelong. Takkan aku nak cakap sorang2 ye tak ye kan. Aku pasang umpan udang hidup kerana aku target ebek yang akan menyambar semasa air menyorong pasang pagi. Tapi talang yang membedal. Apa lagi, aku tukar udang ke umpan anak tamban. Dalam sejam beberapa ekor talang dinaikan. Cuma salah satu joran yang berumpan udang disambar bandang.

Semasa aku apolo anak tamban, salah satu joran yang aku hulur ke arah beting, terjongkit habis. Lawan punya lawan, akhirnya seekor senangin gubal aku pam naik ke kelong. Senangin tu aku jual saja pada pozi, buat modal bayar kelong. Jangan marah la kawan2, first time aku jual ikan mancing ni. Nak buat macam mana, ikan dalam peti ais pun masih ada.
Sebenarnya, memancing di kelong Pozi pun best kalau kita tahu tarikh dan teknik yang sesuai.
Terbaik cikgu!
ReplyDeleteKlau nak pegi tu ajak2 ler......: )
ReplyDeleteaku mmg tak pernah seting nak pergi.. main terjah je. nak ikut kalu sila call.. tq
ReplyDeleteLau nk g kelong pozi nie lagy ajak2 ea bleh merasa lauk penuh dlm peti ais
ReplyDeleteLau nk g kelong pozi nie lagy ajak2 ea bleh merasa lauk penuh dlm peti ais
ReplyDelete