Sunday, July 10, 2011

MEMANCING DI KEMAMAN

first time saya pergi memancing di kemaman semasa mengikuti GP Joran bagi kategori laut dalam. Pergi punyalah jauh ke tengah laut dan pulang dengan tangan kosong. Sebelum bertolak ke laut, saya sempat berkenalan dengan seorang pemancing tempatan yang juga kebetulan seorang guru yang mengajar di Kemaman dan menetap di Kemaman.
Semasa berborak tu, dia ada menceritakan beberapa lokasi atau lubuk yang baik di pinggir pantai Kemaman. Dua minggu selepas GP Joran, saya datang balik ke Kemaman dan mengajak abang hisham menguji lubuk2 yang pernah di perkatakan.
Abang hisham membawa saya ke lubuk yang pertama iaitu ke jeti kemaman. kat sini kami guna umpan sotong dan udang hidup yang dijala. Agak seronok kerana ada banyak ikan duri dan gelama papan yang menjamah umpan. Kami juga berjaya mendaratkan sekor senangin dan sekor kuku dalam saiz satu kg. Kira okey la kerana kami hanya memancing di jeti dan muara sahaja.
Keesokannya, abang hisham membawa saya ke satu lubuk kegemarannya iaitu di Pantai Teluk Mak Nik(Monica Bay). Beliau membawa saya ke hujung pantai di kawasan berbatu-batu menganjur ke laut. Tempat ni agak menarik dan abang Hisham mengatakan lubuk ni terdapaat beberapa spisis ikan yang bersaiz besar seperti GT dan pari. Saya juga mencuba umpan sotong katak yang di beli di pasar. Tak sampai 15 minitkekili saya berdesing dan tumbang. 1 jam saya melayan tetapi pari tu seperti tak mahu mengalah dan akhirnya saya tewas begitu sahaja. Keesokannya saya mencuba lagi di lubuk yang sama tetapi kali ini berseorangan kerana abang hisham ada hal. setengah jam memabuhkan umpan selepas bertukar ganti, mesin saya berdesing sekali lagi. satu jam setengah saya melayan tetapi pari ini lebih hebat. saya mengalah lagi.
memang bagus betul lubuk ni kerana dekat dan berhampiran dengan tempat tinggal.
Saya tak sempat menduga di 2 buah lubuk lagi kerana kesuntukan masa. 1 lubuk di seberang jeti LKIM kemaman dan 1 lubuk lagi agak jauh dari sistem jalan dan terpaksa berjalan kaki hampir 1 km. Kalau ada sesiapa yang melancong atau menjengah ke kemaman tu, boleh la menggatal-gatalkan tangan melabuhkan umpan di sini. memang best...

No comments:

Post a Comment

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih