Thursday, November 15, 2012

TEROKA KELONG SRI PANTAI PONTIAN JOHOR

kelong yang agak besar 
Sempena cuti sekolah yang baru bermula, aku bercadang hendak memancing bersama Amang wartawan Majalah Umpan di atas tapak Jambatan Pulau Pinang. Program yang aku dah rancang agak lama terpaksa dibatalkan kerana Amang terlibat dengan program syarikat yang tak dapat dielakan. 
Aku menukar rancangan kepada plan B iaitu memancing di Kelong sri Pantai Pontian Johor. Cerita mengenai kelong ni pun aku dapat daripada beberapa pemancing semasa memancing di atas kelong Pozi. Bunyinya macam menarik membuatkan aku teruja hendak ke sana. Aku mengajak isteri aku tetapi beliau tak dapat ikut kerana terpaksa menyiapkan assigment ijazahnya. Aku mengajak 2 orang anak aku tetapi hanya seorang sahaja yang berminat. Aku bertolak waktu tengahari selepas waktu sekolah lalu sampai di pekan alor Baloi berhampiran Pontian dalam pukul 4 petang. Aku membeli beberapa jenis umpan seperti udang, sotong, dan pumpun. Umpan ni sebagai persediaan jika tiada umpan hidup semasa di atas kelong.
hujan lebat semasa aku sampai di jeti

Semasa sampai dijeti hendak ke kelong hujan turun dengan lebat sekali. Basah kuyup aku semasa mengeluarkan barang dari dalam kereta. Oleh kerana hujan lebat, kami terpaksa menunggu hujan reda sebelum naik kekelong. Dalam trip ni, aku terserempak dengan 3 orang pemancing yang dah biasa ke kelong Sri Pantai. Aku mengambil kesempatan ini berbual2 sambil mencuri beberapa tip memancing di Kelong Sri Pantai. Brader2 yang berasal dari simpang Renggam ni agak tidak kedekut ilmu telah memberi beberapa tip yang aku boleh guna memancing di Kelong Sri Pantai. 
Kami sampai di kelong sudah agak lewat. Aku yang cuba apolo neberapa kali hanya berjaya menaikan beberapa ekor ikan selar belang. Mungkin air bergerak perlahan, aku tak nampak kelibat tamban langsung. Untuk malam pertama ni aku hanya memasang joran dan berbual2 dengan brader yang naik bersama aku. Ada juga beberapa pemancing lain tetapi duduk jauh dari aku kerana kelong ni memang luas. dari tempat tidur dengan jeti tempat aku mancing panjang hampir 100 kaki. agak jauh. Aku yang keletihan pada malam tu terus tidur awal bersama anak. Aku bangun awal pagi dan terus mencuba apolo tetapi hanya anak selar sahaja yang ada. hanya seekor anak tamban sahaja yang sudi menyambar apolo aku. Jadi memang ada tamban di kelong ini tetapi agak susah hendak apolo kerana tamban ini bermain2 di sekitar kelong yang luas. 
singgah di pasar membeli umpan dan tip memancing
Oleh kerana tiada tamban, aku menggunakan sahaja umpan udang pasar yang aku beli. Dapatlah naik beberapa ekor gelama yang agak kasar. Selain gelama, beberapa ekor ketuka juga sudi menjamah umpan udang aku. Berbalik kepada brader Simpang Renggam yang tidak tidur semalaman telah berjaya menaikan 5 ekor belukang yang bersaiz bagak2. Belukang yang paling besar seberat 2.8 kg agak mengejutkan aku kerana bagaimana kelong yang dibina agak jauh dari muara masih terdapat belukang. Mungkin hujan yang lebat dan menjadikan air keruh menarik belukang ke sini. semasa asyik berbual2 dengan brader2 tu, salah satu joran mereka berdesing tali utama keluar laju. Setelah agak lama bergasak akhirnya seekor pari telah menunjukan diri. Nasib baik aku membawa hook yang boleh dilaras panjang. kalau tak ada hook yang aku bawa, tak dapat bayangkan bagaimana hendak menaikan pari tersebut. Setelah naik lalu ditimbang, pari tersebut seberat 14.3 KG.
air muara keruh seperti teh tarik
Sebelah pagi juga bader tu balik kerana mereka hendak pergi ke Melaka pula untuk pertandingan acara pantai. Selepas mereka pulang, aku mencuba beberapa teknik memancing senangin dan siakap yang selalu menunjukan diri semasa menyambar anak2 ikan jejulung yang banyak. Salah satu teknik yang aku guna ialah teknik flying fox telah membuahkan hasil seekor senangin bersaiz 1 kg. Selepas itu tiada lagi ragutan yang kasar melainkan gelama dan ketuka sahaja. Untuk menghilangkan rasa boring, aku memancing jejulung yang banyak tu menggunakan umpan udang. Sekejap sahaja berpulug ekor jejulung aku naikan. 

blues gang menyerang

bagak-bagak

2.8 kilogram

sama panjang dengan tong

memang port pari kat kelong ni

jeti hujung sebelah kiri dan kanan lubuk pari

berat bro...

sempat jugak anak aku curi bergambar

ini baru tuan punya pari

yang ini baru betul hasil aku

6 comments:

  1. Ble tlng gtau cara wat perambut flying fox x abg dlm bentuk gambar.

    ReplyDelete
  2. ada tak no fon owner kelong ni... kalo ada anta kat no 0129911020... tq

    ReplyDelete
  3. kelong menarik tapi hasil kurang menarik

    ReplyDelete
  4. Mane nak cari umpan udang hidup dekat pontian

    ReplyDelete
  5. Ade banyak tempat umpan hidup . Tapi semua terpencil . Hahaha .

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih