![]() |
kelong mamud Tengah (12 bilik) |
mungkin apa yang saya tulis ni berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sendiri. Jika ada salah dan silap berdasarkan pengalaman orang lain aku mohon maaf la ek.
Talang kebiasaannya bergerak dalam kumpulan dan aktif menyambar umpan semasa arus bergerak perlahan. Jadi kita perlu pilih hari yang sesuai dengan arus. Arus menyorong mati atau arus mula menyorong besar memang sesuai kalau nak cuba layan talang di kelong mamud. Kalau bernasib baik anda akan dapat merasakan serangan talang. Berdasarkan pengalaman aku, kalau talang masuk banyak tidak mustahil anda boleh mendapat 30 kali ke atas strike. Memang kelam kabut kalau anda memancing berseorangan tanpa bantuan kawan tertama pada waktu awal pagi hingga tengahari. Jadi tarikh yang sesuai nak mancing talang di kelong mamud adalah seperti berikut iaitu 5,6,7, 9,10,11, 19,20,21,23,24,25 kalendar hijrah dan bergantung dengan arus semasa dan setempat.
kalau kena masa dan teknik.. tidak mustahil |
Ikan talang memang pandai curi umpan terutama talang2 junior.Jadi, penggunaan mata kail yang kecil sebesar mata kail gelama dan perambut panjang sedepa memberikan lebih peluang anda menaikan ikan talang. Selain itu anda perlu mengetahui juga kawasan mana port utama ikan talang mencari makan samada depan atau belakang kelong. Kalau talang berada di depan kelong, kebiasaannya tidak akan ada strike di belakang kelong.
Aku harap sedikit tip ini boleh menjadi panduan buat kaki2 pancing terutama kepada mereka yang baru berjinak2 memancing di kelong Mamud.
Salam tuan, kelong ni kat mane? Bayaran? Umpan?
ReplyDeletebukan 15bilik ke
ReplyDeletekelong mamud kt lukut la mohammad bayaran rm 50 perhead tak termasuk makan umpan udang hidup
ReplyDeleteBaru lepas mancing kat kelong mamud ni 10-11hb Ju
ReplyDeleten lepas..tangkapan agakhebat..wak dpt alu alu guna koyan(anggaran 1kg)kawan wak strike 3ekor tetanda anggaran 700g sekor..Daun baru.dekat 1.5kg..sagai@cupak 300g...talang 5-6ekor..tamban..banyak dpt..rata rata yg mancing aritu banyak dpt talang...parang pun ada...gerong belang 2kg ada brader tu dpt guna udang hidup...pancing arah jimah power.kiranya 2hari tu memang hebatlah habuannya..
KELONG AREA LUKUT... kuala lukut sebelah sepang
ReplyDeleteBoleh kasi saya no kelong mahmud ni?
ReplyDeleteAda tips lg x utk memancing di kelong tu..27/10/2019 saya akan ke sana .Ada x yg sudi membantu..?terima kasih kepada yg sudi
ReplyDeleteKelong tu ok lg x?igt 19-20 ni nak kesana..sapa boleh bg info lg tips nak jinakkan ikan mega2 kat sana
ReplyDelete