Thursday, November 27, 2014

MACAM-MACAM UMPAN DI KELONG MAMUD TENGAH

Ni kira cerita pengalaman memancing di kelong. Ada pemancing datang ke kelong dengan pelbagai jenis umpan. Kekadang umpan yang dibawa pemancing boleh buat BBQ. Ada pumpun,sotong besar, udang, ikan kembung, selayang dan juga ikan tongkol. Tengok pada umpan yang dibawa pun anggaran berpuluh ringgit. Ke4kadang sayang tengok sotong besar tu dipotong-potong saja dan ada yang membusuk saja di lantai kelong.
Selain tu, ada juga pemancing yang bawa umpan ciput saja dikongsi beramai-ramai. Apabila umpan dah habis,masing-masing gelabah. Bukan perkara pelik semasa berada dikelong umpan aku pun kena cilok ngan pemancing. Kekadang rasa geram dan kekadang rasa gelihati plak.
Sebenarnya, aku pun selalu pergi ke kelong tanpa membawa umpan pun. Apa yang aku bawa hanya apolo dan juga kolam serta pam. Kalau ada bawa tangguk lagui elok sangat. Aku biasanya menggunakan umpan apa yang ada di kelong saja. 
Seperti di kelong mamud tengah, memang ada banyak tamban yang boleh diapolo untuk dijadikan umpan. Apolo putih saiz 5 atau 6 memang sesuai sekali. Selain tamban, boleh juga kita apolo selar kuning. Pada sebelah malam kita boleh apolo terbeliak mata di kawasan yang diterangi cahaya lampu. Ikan-ikan ni boleh cakuk sekor-sekor atau juga dipotong-potong dan dihiris.
Kalau kita bawa tangguk lagi bagus kerana memang ada cumit yang bermain dipermukaan air dibawah kelong. Kalau tak ada sotong, kita juga boleh tangguk sejenis udang yang bersepit besar.Kekadang ada beratus ekor udang ni berlegar-legar bawah cahaya lampu. Kalau tak ada tangguk, guna tangan pun boleh dapat. 
Selain tangguk sotong, kita juga boleh tangguk anak-anak ikan yang berlegar-legar tu. Sebenarnay, setiap yang ada muncul di kelong tu semua boleh dijadikan umpan melaiunkan ular sahaja. Jang duk cari penyakit. Malah, anak-anak ketam tu juga merupakan umpan percuma terbaik memancing di kelong. 
Terpulang kepada pemancing, tetapi keyakinan kita menggunakan umpan iotulah yang terbaik.

No comments:

Post a Comment

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih