Friday, January 18, 2013

REKOD PERIBADI JENAHAK DI KELONG POZI

jenahak pertama yang aku dapat di kelong Pozi
sebenarnya sebelum aku mula memburu jenahak di kelong Pozi, aku terlebih dahulu memburu senangin atau gubal. Aku mula memburu jenahak setelah mendapat seekor jenahak pertama yang berskala 2 kg sahaja. Sejak itu aku baru mengetahui bahawa memang terdapat jenahak yang bersaiz besar dikawasan kelong Pozi. Setelah bertahun memburu jenahak, sudah berpuluh ekor jenahak yang berjaya aku naikan. Kebanyakan jenahak yang selalu naik dalam saiz sekilo sahaja. Walaubagaimanapun, kekadang ada juga yang bersaiz 3 kg. Kebiasaannya jenahak yang bersaiz besar akan ada sepasang. Jika salah seekor berjaya dinaikan, anda akan berpeluang menaikan seekor lagi di tempat yang sama.
Pada tahun2 yang lepas, jenahak hanya meragut di tempat2 tertentu sahaja. tetapi kini jenahak meragut umpan di kebanyakan tempat.Ini membuatkan kita susah hendak memburu jenahak lagi kerana kawasan taburannya meragut menjadi luas.
sepasang jenahak terbesar aku pernah dapat
Rekod aku menaikan jenahak teerbesar dalam saiz 3 kg sahaja. Walaubagaimanapun, aku juga pernah rabut apabila mendapat sentapan yang kasar. Ada juga pemancing yang lain pernah menaikan saiz yang besar tetapi setakat pengetahuan aku, tidak ada yang lebih 3 kg. Biasnya saiz besar dalam 2.5 kg sahaja.
Selain jenahak, tetanda juga terdapat di kelong Pozi. Biasanya tetanda yang bersaiz tapak tangan aktif makan pada awal pagi. Rekod peribadi aku sendiri pernah mendapat 25 ekor tetanda bersaiz lebih kurang 400 g dalam masa setengah jam berumpankan anak ikan seliding.
bercerita mengeenai umpan yang pernah aku gunakan dan mendapat jenahak ialah tamban hidup, tamban potong, selar kuning, selar belang, cumit hidup, bilis hidup, dan kurita. Ada juga pemancing lain yang menaikan jeenahak dengan menggunakan umpan udang hidup dan pumpun tetapi jarang sekali.
 Aku paling suka memburu jenahak pada waktu air mula surut semasa air pasang besar. Kekadang waktu air mula pasang juga menjadi. Aku paling banyak menaikan jenahak dalam waktu awal malam dan awal pagi. Segala tip yang aku ceritakan ini berdasarkan pengalaman aku sahaja. Bagi pemancing lain ada juga pengalaman sendiri.

















8 comments:

  1. ape umpan pakai..tahun lepas pegi kat kelong pozi bangau je.sekor pn x dapat.waktu mana yg sesuai pi kelong nie??

    ReplyDelete
  2. ada cara memancing di kelong ni... target ikan besar dan guna umpan yang terbaik.. erti kata umpan hidup

    ReplyDelete
  3. Mungkin kena selalu pergi baru boleh jadi Helang agaknya..mungkin boleh jadi Pro seperti Tuan JP...

    ReplyDelete
  4. Rezeki Ghaib memang camtu..kejap ok..kejap tak ok...Allah jua yg tahu...

    ReplyDelete
  5. kena la bersabar... saya pun lama gak belajar memancing kat sana.. dulu2 pun orang cakap tak ada ikan.. tapi ada sorang dua yang dah pandai akan selalu pergi ke kelong tu seperti Rizal, wak Din, Man Mamak, sathia dan azfar

    ReplyDelete
  6. Tahun lepas aku ke kelong pozi nie bangau jugak.. Aku pegi berdua, tp kt kelong tu ade lagi dl 10 org... Purata semua membangau aje.. Hanya 3 org aje dpt naik ikan.. tu pun 3 ekor aje...

    ReplyDelete
  7. bukan senang nk dapat jenahak ni kne tengok air juga kalu kelong mamud ok la penah dapat 3ekor 1malm

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih