Monday, March 12, 2012

IKAN BANDANG MASUK KELONG POZI


ikan susu bermulut lebih kecil dan berbadan gempal
ikan bandang bermulut luas dab badan lebih slim dan panjang

team bangau kajang
hasil aku seorang

Sebelum 24 feb 2012 aku ada mendengar rintihan beberapa orang pemancing yang pernah naik kelong Pozi.Mereka beritahu bahawa mereka telah terlepas atau rabut sejenis ikan yang rupa seakan senangin dan temanang. ikan yang mereka pancing itu pulak kuat melawan dan melompat tinggi beberapa kali sebelum rabut. Aku sendiri tidak dapat mengagak ikan apa yang telah terlepas. Tetapi dalam hati aku kuat mengatakan mereka telah terlepas ikan temanang atau tarpon kerana spisis ini juga kuat melawan dan melompat2 apabila terkena mata pancing. Suatu hari semasa aku duduk lepak2 minum di kedai Pozi, aku terserempak dengan beberapa orang pemancing yang baru balik dari kelong. Mereka telah berjaya menaikan beberapa ekor tetanda, GT, bawal pinang dan juga bandang. Aku agak terkejut apabila melihat mereka berjaya menaikan ikan bandang kerana sebelum ini aku tidak pernah melihat pemancing menaikan ikan bandang di atas kelong pozi. Mereka juga memberitahu tentang tip umpan dan perambut. Rupa-rupanya ikan bandang suka umpan udang hidup dan dengan menggunakan perambut dua mata kail memberi lebih peluang menaikan ikan yang bermulut kecil seperti daun baru dan juga bawal pinang. Pada 24 feb aku pun naik kelong berumpankan umpan udang hidup. Umpan yang aku jarang gunakan selama ini. Di atas kelong aku bertemu satu group pemancing dari kajang atau pun mereka menamakan team bangau. Pada malam tu hingga pagi, aku dan team bangau memang macam bangau kerana tiada seekor pun ikan yang sudi menjamah umpan yang dihulur. Sehingga beberapa orang daripada team bangau sudah merungut-rungut. Aku memang tak sedap hati kalau ada orang merungut2 kerana aku telah banyak buat cerita tentang hebatnya memancing di kelong Pozi. semasa air surut tenang seperti tiada harapan lagi, tiba2 seorang daripada team bangau berjaya menaikan seekor bawal pinang. kejayaan ini telah menaikan kembali semangat memancing yang dah surut seperti air laut yang surut. Aku pun turut memasang umpan udang hidup lalu melontar kearah port bawal pinang dinaikan. Tak sampai seminit kemudian, pancing salah seorang team bangau telah mengena dan ikan tu pulak melompat2 tinggi. Apabila hampir dinaikan, ikan tu rabut setelah berjaya membuat satu lompatan menyelamatkan diri di tepi kelong. Selepas itu, bermulalah pesta ikan bandang membedal umpan. Bayangkanlah, dalam masa satu jam 30 kali ikan susu merabut umpan tetapi sayang hanya 4 ekor saja yang berjaya dinaikan dan yang lain semuanya rabut selepas ikan bandang membuat beberapa lompatan.Walaubagaimanapun, aku telah berjaya menaikan 5 ekor ikan bandang, seekor daun baru besar dan 2 ekor ebek selepas team bangau pulang. Kalau memancing di kelong memang adatnya begitu, kalau ikan masuk memanglah berpesta dan kalau ikan tak masuk disebabkan arus laut dan pasang surut kita akan jadi bangau sahaja.


No comments:

Post a Comment

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih