![]() |
Rumah rakit dalam sungai Sepang |
Suatu hari, Faez ada ajak aku nak cuba di rumah rakit ni, dalam rela paksa aku pergi lah juga memandang hati pon dah naik gian walaupun dalam keadaan uzur. Nak pendekkan cerita, kami pun gerak ke rumah rakit setelah buat deal dengan cakoi.
![]() |
Memang santai |
Dengan berbekalkan 100 ekor udang hidup kecil, kami cuba memikat penghuni apa yang ada dalam sungai Sepang ni. Lontaran pertama petang tu aku berjaya mendaratkan seekor anak ketuka. selepas itu suasana sepi hinggalah di bawa ke malam. Oleh kerana tiada getuan langsung, aku hanya berborak dengan faez sahaja. Walaubagaimanapun, sekali sekala aku bangun check umpan la jugak.
Tetiba sahaja aku nampak joran Faez di hentak dengan kasar dan terus senyap selepas tu. Aku terus sahaja karau kekili jorannya dan hasilnya tali utama dah putus. Apabila diperiksa balik rupanya beliau tak sedar sistem drag terlalu ketat, Aku tak syak ikan lain kalau dalam sungai sepang samada kurau ataupun ibu gelama punya angkara.
Pada keesokan hari sewaktu air mula pasang barulah joran aku agak sibuk. Gelama, tetanda, ketuka, senangin, daun baru dan tak ketinggalan sesirat juga. Baru aku sedar ikan hanya aktif semasa air bunga pasang.
ada no contact x bro?
ReplyDelete