![]() |
milkyfish |
bandang ladysfish |
Akhirnya aku dapat juga kunci kenapa ikan ni mudah rabut semasa perlawanan tarik menarik. Biasanya mata kail akan hook di bibir ikan bandang dan jarang ikan bandang menelan mata pancing. Lagi pula, dalam mulut ikan bandang seakan ada tulang yg keras di bahagian atas dalam mulut.Kawasan bibir ikan bandang terdapat satu tulang yang terpisah dengan bahagian kepala. Antara 2 bahagian yang terpisah tu disambung dengan satu selaput yang agak nipis dan lembut. Kebiasaannya, mata kail akan hook di kawasan selaput yang lembut tersebut. Selaput tersebut mudah koyak apabila disentap.
Jadi cara yang terbaik melayan ikan bandang ialah kita perlu longgarkan sistem tegangan dan biarkan ikan tersebut melarikan diri. Dengan cara ini, selaput yang lembut tersebut tidak akan koyak. Selain itu, apabila kita melonggarkan sistem tegangan, kita telah mengurangkan lompatan ikan tersebut. maka peluang untuk mendaratkan spisis ikan bandang lebih cerah. Selamat mencuba. Jika ada sesiapa yang boleh bagi pendapat lain saya persilakan.
salam tuan.. milkfish ngn ladyfish adalah ikan yg berbeza.. ikan susu ngn bandang kedua-dua nye nmpk hampir serupa tetapi amat berlainan skali.. tuan boleh rujuk wikipedia atau fishbase utk rujukan...
ReplyDeletehttp://en.wikipedia.org/wiki/Ladyfish
http://en.wikipedia.org/wiki/Milkfish
sekadar berkongsi :)
terima kasih bro... milkfish dan lady adalah ikan berbeza. mulut bandang lebih luas berbanding ikan susu yang lebih kecil.
ReplyDeletehanya panggilan tempatan sahaja panggil susu.. terima kasih
ikan bandang @ ikan baulu ??
ReplyDeleteorang sabah panggil ikan baulu..
pernah rabut ikan ni ..pancing kolam.. susah nak dapat strike kecuali ikan tu telan habis umpan dan jangan byk kali sentap sebab mata kail cepat terlepas...dari pemerhatian member yang berjaya naikkan ikan ni...
tiang mata kail pula seeloknya yang lebih pendek supaya senang masuk ke dalam mulut ikan...
cuma tak pasti apa umpan killer untuk ikan ni...mungkin Tuan boleh bincangkan disini...
terima kasih