Tuesday, July 26, 2011

YU KEMEJAN DI KELONG POZI

Aku ada banyak cerita di Kelong Pozi. Salah satu cerita dan pengalaman yang dapat aku lupakan ialah melawan ikan yu kemejan. Salah satu sebab aku masih dan selalu pergi ke kelong Pozi kerana mengejar monster yu kemejan. Sebenarnya aku dah banyak kali kena tarik ngan yu kemejan ni. Bukan aku saja, malah ramai lagi pemancing lain lagi yang dah kena. Semua pemancing beranggapan ikan pari besar yang tarik. Sebelum aku mengetahui bahawa itu ikan yu, aku juga beranggapan ikan pari besar tarik pancing.
Kalau tak silap pada bulan oktober 2009, aku memasang umpan janggut sotong kurita. Aku guna mesin Abu Garcia bertali 60 lb sulam dan perambut 80 lb. Dalam pukul 3 pagi, tak ada sentapan ikan. Maka aku pun masuk tidur dalam bilik kerana mengantuk. Pancing tu aku biarkan je (ditambat) kerana ada lagi ramai pemancing lain. Aku pun tertidur nyenyak hingga tak sedar apa2 yang berlaku kat luar bilik. Lebih kurang pukul 7.30 pagi esok, aku tersedar kerana bunyi bising yang amat sangat kat luar bilik. Aku pun bangun dan tengok seorang pemancing sedang memegang joran 17 kaki aku. Dari pengamatan aku, ikan besar dah tarik pancing aku. Tak sangka pulak pancing aku kena ikan kerana umpan aku dah biar semalaman dan pagi pulak baru nak kena.Aku pun terus capai joran dan berjuang hendak menaikan ikan. Pak Cik yang menolong angkat joran aku tu bagi tau, dia dah lawan ikan tu setengah jam. Dia cuba menjerit memanggil pemancing lain tapi semua tidur mati. Baru lima minit berlawan, tetiba je ikan tu dah melekap kat dasar. "Alamak, pari besar la", bisik hati aku. Aku pun terus pacak joran dalam lubang batang nibung dan biarkan saja joran tu. Lepas 15 minit, joran aku melengkung semula. Aku pun terus sambar joran dan sambung perlawanan yang tergendala. Bukan senang nak lawan ikan ni, berpeluh dan lenguh seluruh badan. Hampir sejam aku bertahan tapi masih tak nampak bayang ikan lagi. Lima depa aku tarik, lima depa ikan tu tarik balik. pergh... memang aku cuba lawan sebaik mungkin kerana tak mahu terlepas kali ini.  Lebih kurang sejam, aku dapat lihat bayang ikan kat tengah dalam jarak 150 meter. Bukan main terkejut aku, apabila aku lihat 3 sirip hampir sekaki timbul. Panjang ikan tu pulak hampir 2 depa. Apalagi, aku pun menjerit, yu.. yu kemejan. Nampaknya ikan yu tu dah lemah sebab tu dia timbul. 15 minit selepas tu aku tarik perlahan2 sehingga lah yu tu hampir dengan kelong. Kawan2 pulak dah stanby dengan hook. Tapi, apabila sampai di tepi kelong, ikan yu tak nak timbul, asyik memendam kat dasar. lama jugak aku bertahan kat tepi kelong sehinggalah ikan yu tu cuba keluar dan terus menarik tali keluar. Tetiba je aku rasakan joran aku ringan, serentak itu jugak aku nampak ikan yu itu timbul berenang sambil melambai-melambaikan siripnya seakan mengucapkan selamat tinggal kawan. Putus juga perambut aku mungkin terkena karang atau pun terlalu lama diasak hingga perambut jadi kecil dan lemah. Kisah yu tak habis di situ saja, dua minggu selepas itu joran aku kena yu lagi tapi tak dapat bertahan lama, pin perambut terbuka. Selepas kejadian itu, aku masih mendengar ada beberapa pemancing lain mendapat tarikan yang sama tapi semuanya sama saja, tewas. Aku mengagak yu kemejan tu beratnya paling kurang 50 kilo ke atas.

1 comment:

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih