 |
kelong pozi |
Dalam blog yang terdahulu aku ada menatakan bahawa memang ada ikan besar dan mempunyai daya pecutan yang kuat di Kelong Pozi. Sudah ramai pemancing yang mendapat tarikan yang padu dan laju tetapi hampir semua telah kecundang.
Aku sendiri telah beberapa kali menaikan GT dan gerung belang tetapi masih dalam skala sekilo dua. Selain itu aku juga berpendapat bahawa aku hanya bernasib baik. Misteri ikan apa yang selalu menghabiskan tali utama telah terjawab satu kali apabila seekor yu kemejan telah menampakan diri pada aku sekali setelah bertarung selama satu jam setengah. Walaubagaimanapun, misteri tarikan dan pecutan padu yang diterima masih belum terungkai sehinggalah Otai kelong Pozi iaitu Wak Din berjaya menaikan Gerung Belang berskala 5 KG. Aku percaya, itulah ikan yang selalu menghabiskan tali utama di Kelong Pozi. Aku terasa puas hati dapat melihat ikan tersebut walaupun bukan aku yang mendapatnya kerana persoalan yang selalu berligar dalam kepala ini terjawab akhirnya.
 |
gerung belang yang dinaikan semasa bersama wartawan majalah umpan 2012 |
 |
saiz baby begini selalu meragut umpan di tepi kelong |
 |
kalau nak saiz ni perlu reel yang heavy dan tali utama yang panjang |
Terbaiki la cikgu
ReplyDelete