Sunday, September 28, 2014

KELONG POZI MASIH BERBISA

Sebenarnya aku ni dah lama tak layan kelong Pozi. Atas faktor kesihatan, kesesakan dan nak test kelong
mamud menjadikan aku tak jengah langsung kelong pozi untuk tahun ni.  Nak jadi cerita, selepas kesihatan aku agak okey, aku pun mensudikan diri ke kelong Pozi. Nak jadi cerita, malam tu aku berseorangan .. rasa cam tak caya pun ada. Oleh kerana dah lama tak naik berseorangan maka rasa kecuuuttt.. ada lah sikit. hehehhe...
Aku test dengan 4 batang joran 16 kaki. Macam biasa aku hulurkan kearah belakang kelong ke atas beting. Malam tu aku dapat tarikan pari agaknya tapi dia asyik main mendap dalam pasir saja dan akhirnya putus juga dimakan dek karang. Malam tu aku naikan juga sekor pari karang dan juga daun baru.
Kesokannya , aku hulur sekor umpan udang tepi tangga dan dihenjut oleh sekor GT. Pagi tu aku nampak banyak betul pari papan melompat dan mengejar tamban. bersimpang siur ikan tu membuatkan aku geram tapi sayang tamban pula nak berani dekat langsung dengan kelong. 
Oleh kerana tak ada umpan umpan tamban aku cakuk saja udang hidup. Ada juga sekali strike kasar tapi bolos dari mata kail. Nak buat camna, rezeki aku hanya sekadar tu saja.
pari karang, pari yang sedap
tetanda berumpan cumit yang sangkut di mata apolo

3 comments:

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih