Tuesday, October 11, 2011

HOBI MEMANCING

Hobi memancing aku ni telah bermula sejak kecil lagi. Malah emak dan ayah aku juga suka memancing. Tapi, semasa aku mula memancing tak sama seperti sekarang dengan peralatan memancing yang mencecah ribuan ringgit. Aku mula belajar memancing dengan menggunakan joran batang bertam saja. Umpan yang digunakan pula kelkatu yang dikorek dalam busut. Aku tak suka guna umlan cacing kerana emak aku tak suka, geli katanya.
Ikan yang dipancing pula tak lebih ikan air tawar seperti keli, puyu, haruan dan bujuk. Apabila musim hujan, air dalam bendang melimpah dan banyaklah ikan dari sungai mudik naik ke dalam bendang. Aku ingat lagi, ikan dan sepat berbaris-baris mudik naik melalui parit. Itu cerita dulu la. Sekarang ni nak tengok puyu pun susah dah. Air dalam bendang pon dah tercemar dengan air getah sekerap. Busuk dan berasid menyebabkan ikan dah tak lalu nak mudik dan bertelur.
Pasal umpan kelkatu, aku dengan ayah gali busut yang ada anai2 besar berwarna hitam. Kami gali lubang atas busut lalu tuang sebaldi air supaya kelkatu tak dapat melarikan diri. Kelkatu tu di kutip di celah2 anai2 besar yang kami panggil kongkiak. Kalau terkena gigit dengan kongkiak berkepala besar... aduhhhh... boleh tahan sakitnya. Kekadang sampai berdarah kaki dan tangan. Tapi oleh kerana semangat dan minat memancing, semua tu tak dikisahkan sangat.
Sejak tu minat aku memancing terus berkembang. Apabila aku dah mula bekerja dan ada pendapatan sendiri, aku pun mula membeli alatan memancing yang lebih sotisficated dan mula berjinak memancing di sungai, lombong, kolam, pantai dan laut tengah.
Bukan aku sahaja yang minat memancing dalam keluarga, bahkan adik2 aku juga terbabit dalamk hobi ini terutama adik aku yang nombor 3.. dia memang dah jadi otai bawah jambatan Pulau Pinang.
Bagi diriku, memancing ni akan menjadi lebih seronok jika kita mempunyai pengetahuan tentang ilmu memancing.

No comments:

Post a Comment

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih