Friday, May 1, 2015

JENIS PERAMBUT JUGA PENTING DI KELONG MAMUD TENGAH

kelong mamud tengah
Aku memang suka memancing di Kelong Mamud tengah kerana memang meriah jika kena waktu. Jenis ikan tu aku tak kisah sangat asalkan strike. Samada ikan talang, baracuda, jenahak, parang atau ikan baji sekali pun. 
Jadi aku memang suka memancing pada waktu arus perlahan atau air mati di Kelong Mamud tengah. Masalah utama jika memancing pada hari arus perlahan atau air mati ialah air yang jernih. Tidak la sejernih di tengah laut cina selatan tetapi memadai kita nampak tiang kelong yang tenggelam dalam air . Ada banyak kali juga aku membangau semasa memancing air jernih sehinggalah aku memancing bersama otai Rizal. 
Kejadian ni berlaku secara tidak sengaja di mana semasa aku memancing bersama Rizal di atas kelong Mamud tengah. pada hari tersebut air agak jernih dan kelihatan talang dan GT mengambur atas permukaan air. Masalahnya ikan tak mahu meragut umpan joran aku tetapi sebaliknya meragut umpan joran Rizal. Sertahu aku, panjang dan saiz mata kail Rial sama sahaja dengan aku. Berbelas kali joran Rizal strike manakala aku hanya strke sekali sahaja. Ini membuatkan hati aku tak sedap hati. Aku harus mencari punca sehinggalah aku bertanya Rizal jenis perambut yang beliau guna. 
Sah, katanya hanya joran yang guna perambutt INVISI AJIKING 30 LB sahaja yang umpan diragut ikan. Hari tu, aku rembat la juga 2 depa perambut rizal dan hasilnya memang menjadi apabila 2 ekor talang dan seekor GT naik dengan perambut tersebut. 
Aku tak henti setakat tu sahaja dimana 2 minggu kemudian , aku test sekali perambut biasa dengan perambut Invisi Aji King. Memang hanya joran yang dipasang perambut Invisi Aji King sahaja berjaya mendaratkan ikan. 
Jadi, jika sesiapa yang berkunjung ke Kelong Mamud Tengah semasa air arus perlahan dan arus mati seharusnya membawa perambut Invisi Aji King sebagai insuran jika air jernih.
 Saya hany beri pendapat peribadi berdasarkan pengalaman sendiri. Jika ada pendapat yang berbeza tu aku mohon maaf. Apa yang pengtinnnggg... strke. Selamat mencuba.
Aku rasa sesuasi juga di kelong pozi menggunakan perambut tersebut.


2 comments:

  1. Assalamualaikum tuan rumah.
    1. Terima kasih atas kesudian berkongsi cerita, petua di dalam blog ni.
    2. Terbaca http://jenahakpanggang.blogspot.co.uk/2013/10/kayak-fishing-bebolos-di-muara-sungai.html . Sangat menarik untuk dicuba. Kalau di area tempat saya bermastautin ni kayak fishing memang popular, nak pulak masa summer ni. Teringin nak mencuba tapi keadaan tak mengizinkan lagi. Kalau tengok keadaan laut, di sini ombak lagi kuat berbanding area pantai mengadap selat melaka. Selain kayak bot getah pun popular..itu yang meracun kepala sampai terbeli bot getah.
    3. Nak bertanya pendapat : Area pantai bagan lalang (Jeti kelong Nazri) kawasan mana yang sesuai nak mencuba memancing atas inflatable boat (bot getah)? Kalau2 ada tips nak dikongsikan, sangat2 dihargai. Plan nak try hujung tahun ni.

    ReplyDelete
  2. bot getah boleh layan area Jimah powerplant tapi arus agak laju .. suai kalu arus perlahan. Ataupun layan dalam sungai sepang semasa arus perlahan.. kalu time arus laju memang tak terdaya nak tongkah arus. Lagi satu.. kalu nak layan bebolos atau semilang boleh layan kat muara sg sepang kecil ujung sebelah kanan pantai bagan lalang.. time air mula pasang. memang tak terlayan bebolos kat sana.

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih