Sunday, March 31, 2013

MUSIM EBEK DI KELONG POZI


REKOD EBEK 1.5 KG DI KELONG POZI
Saja2 aku nak bagi tahu kepada pemancing semua terutama yang akan bertamu di kelong Pozi. apa yang aku nak bagi tau pasal ikan2 yang ada di Kelong Pozi. Berdasarkan permerhatian dan pengalaman memancing tahun ini di kelong Pozi ada sedikit kelainan berbanding tahun2 lepas. Bagi sesiapa yang nak ke kelong Pozi perlu tahu kerana tip yang kecil ini mungkin boleh dijadikan panduan supaya tidak membangau sahaja di atas kelng.
 Berdasarkan pemerhatian, tahun ini merupakan tahun ikan ebek yang banyak masuk ke kelong Pozi. setiap kali pergi memancing, ada sahaja pemancing yang berjaya menaikan ikan ebek. Tidak seperti tahun lepas di mana ebek memang selalu di naikan tetapi tak sebanyak dan sekerap tahun ini. Jadi, sesiapa yang nak naik kelong Pozi tu elok la menyediakan umpan udang hidup kerana itu merupakan umpan favorite ikan ebek.
selain ikan ebek, ikan daun baru dan susu juga makan udang hidup. Jadi tak rugi kalu bawa umpan udang hidup. Kalau nak murah dan banyak umpan udang hidup, anda boleh la singgah beli di pekan sg Pelek arah jalan pantai Bagan Lalang kerana di sana murah la sikit.. lebih kurang rm 0.40 sekor. Kira okey la. Kalau kecil sikit 3 ekor seringgit.
Aku jangkakan ebek masih ada sehingga akhir bulan jun berdasarkan jadual ikan makan pada tahun lepas. lagi satu, ikan jenahak yang menjadi ikon di kelong Pozi agak berkurangan berbanding tahun lepas. Mungkin faktor banyak ikan alu2 di kelong menyebabkan ikan jenahak menyisihkan diri takut kena baham dek bapa alu2 yang terkenal dengan samsengnya. Walaubagaimanapun, jenahak masih ada dan masih lagi dinaikan di kelong Pozi cuma kurang sedikit.
Lagi satu, berdasarkan pemerhatian aku. Jika ada sesiapa nak cuba teknik mengkoyan atau mengambur di bawah kelong bawah lampu tepi tangga di silakan kerana ada siakap besar yang selalu duk bersantai sambil menunggu anak2 ikan. Tapi kalau nak mengkoyan tu biar la perambut 200 lb ke atas dan mata kail saiz /2 atau /1 kerana saiz siakap tu cukup untuk stok lauk seminggu.

No comments:

Post a Comment

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih