Monday, February 13, 2012

2 KALI RABUT SIAKAP BESAR

siakap memang  mengendap bawah cahaya lampu di bawah kelong
Sempena cuti maulidur rasul dan thaipusam pada Feb 2012, akunaik ke kelong. Aku pergi agak lewat iaitu pukul 1.00 pagi kerana ada urusan. oleh kerana aku naik agak lewat, aku bercadang nak tidur 2 malam di kelong. Sesampai di kelong, aku lihat gang aboy kajang dah ada atas kelong tetapi sedang tidur. Aku pun dah lama tak jumpa dia atas kelong. Aku tak peduli pasal aboy dan gangnya sebab sibuk bagaimana nak mencari umpan di tengah malam ni. Selepas pasang rod dan reel, aku cuba apolo ikan terbeliak mata di bawah lampu depan tangga kelong. Selalunya ada ikan terbeliak mata yang sudi menyambar apolo tetapi malam tu, entah kenapa tak ada sekor pun terbeliak mata mengena apolo. Aku tukar stail, aku capai tangguk lalu tunggu atas tangga kelong. nasib aku baik, aku dapat tangguk sekor cumit dan sekor sotong katak. Nampaknya aku dah dapat umpan baik untuk malam ni.Sedang aku asyik tenung dalam air menunggu cumit dan sotong katak, aku terpandang bayangan seekor siakap besar sepanjang tangga kelong duduk lepak baik bawah tangga kelong bawah lampu. Aku dah biasa tengok siakap tu selalu lepak bawah tangga tetapi aku tak peduli sangat. Entah macam mana, malam ni aku nak try koyan pulak yang sentiasa aku bawa tetapi tak pernah guna.Dalam duk sibuk memasang koyan, Aboy kajang dah bangun, aku minta ngan dia sekor tamban untuk di pasang pada koyan. Setelah pasang umpan, aku gantung koyan atas permukaan air betul2 atas kepala siakap tu. Tak lama kemudian, aku nampak siakap tu dah mula agresif seperti mengejar tamban pada mata koyan.Tak sampai 10 minit, aku nampak siakap tu dah ngap tamban , apa lagi aku terus henjut koyan dan cuba menarik ke atas supaya muka siakap timbul atas air. sangkaan aku meleset sekali, bukan aku yang henjut siakap tetapi siakap tu yang henjut tangan aku. Sampai pedih tangan aku menahan asakan siakap tu. Memang kuat betul siakap menghenjut. Aku masih cuba bertahan supaya siakap tu tidak lari ke tiang, tetapi sayang tetiba mata kail kau ercabut dari mulut siakap tu. rasa menyesal dan kecewa pun ada kerana saiz mata kail yang aku guna tak cukup besar berbanding saiz siakap tu. aku agak paling kurang dalam 10 kg berdasarkan panjang dan saiz. Bagaimanapun, aku terus pasang umpan baru kerana aku pernah dengar siakap balun koyan semula walaupun dah rabut dari koyan. Walaupun pasang umpan yang baru, aku tak excited sangat dengan koyan kerana siakap tu dah rabut. Aku pergi memeriksa joran2 aku yang lain. dalam 10 minit kemudian, aku terdengar Aboy kajang terjerit2 meminta tangguk kerana koyan yang baru aku pasang tadi dah mengena. Seperti aku, Aboy pon gagal menarik muka siakap tu ke atas air sebaliknya siakap tu yang menariknya. Seperti tadi juga siakap tu rabut kerana mata kail pada koyan tak sepadan dengan saiz ikan. Melepas 2 kali siakap besar pada malam tu. ungkin rezeki mata aku melihat siakap pada mata kail saja. Kata2 penyedap hati bagi orang yang kecewa.

1 comment:

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih