Thursday, February 21, 2013

PENYU MENGAMUK DI KELONG POZI

penyu sering kelihatan terutama semasa air surut
Sememangnya kawasan perairan Kelong Pozi tidak jauh dengan pantai Tanjung Gemuk Port Dickson iaitu kawasan penyu bertelur. Aku pun dah lama tahu tentang kewujudan penyu di sekitar kelong Pozi begitu juga dengan pemancing lain. Aku sendiri pernah terpancing seekor penyu dan berjaya didaratkan. 
Tapi lain sedikit dengan cerita tahun 2013. Aku nampak semakin banyak dan kerap penyu timbul sekitar kelong dari saiz sebesar kuali sehingga sebesar kawah. Setiap kali aku naik kelong aku lihat ada sahaja pemancing yang mendapat kejutan dihenjut oleh penyu. Ada masa sampai 2 kali kena henjut dengan penyu membuatkan pemancing lintang pukang menahan asakan penyu. Rasa gelihati pun ada bercampur perasaan terharu. Aku nak nasihatkan pemancing yang terpancing penyu agar melepaskan penyu yang ditangkap. Jika boleh cepat2 rentap tali supaya putus. Kedatangan penyu yang banyak juga merupakan petanda bahawa perairan sekitar kelong pozi masih lagi terpelihara. Aku harap pemancing tidak membuang sampah terutama plastik yang banyak memerangkap Sang Penyu. Sama2lah kita menjaga perairan dan lapang sasar memancing yang semakin berkurangan. Terima kasih jika anda orang yang bertanggungjawab. 

3 comments:

  1. itu mcm menyindir tuh bunyi nyer..... hahahhaha....

    ReplyDelete
  2. bukan menyindir.. tapi tahun 2013 rekod paling kerap pemancing tarik penyu.. dah tu semakain banyak penyu yang timbul dan semakin dekat dengan kelong

    ReplyDelete
  3. Saya pun pernah melihat Penyu ambil nafas di Jeti Kastam Pekan PD hampir 13Tahun lepas...besar betuuull..

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My Photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih