Tuesday, July 26, 2011

MEMANCING DI PHANTOM BANK, KLANG

Pada 23 dan 24 okt 2010 aku pertama kali menjejak kaki di Phantom Bank setelah sekian lama merancang rancangan yang tak jadi-jadi. Aku pergi dengan group Cikgu Mie dari Sungai Buluh yang merupakan kenalan singkat semasa bertemu di kelong. Kami bertolak ke Phantom Bank dari jeti Tanjung Harapan pada pukul 9.00 pagi dan sampai di Phantom Bank sejam kemudian setelah mengharungi badai ombak angkara angin barat daya. Sesampai di phantom Bank habis basah kuyup kami kena percikan air laut.
Selepas menurun dan mengemas barang-barang, aku pun terus apolo umpan dan pasang beberapa set pancing. Dari pagi hingga petang aku telah berjaya menaikan seekor talang, dua ekor alu-alu dan seekor jenahak. Selepas makan malam, aku ingat nak sambung mancing tetapi tetiba je angin barat daya mula bertiup hingga ke pagi. Air percikan ombak naik hingga  ke pelantar. Apa nak buat, masuk bilik dan tidur je sampai pagi. Nasib baik ada tempah bilik, boleh jugak melelapkan mata.

No comments:

Post a Comment

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih