Saturday, March 2, 2013

TIP 11 PAGI HINGGA 7 PETANG(SIRI 1)

Apa yang aku nak tulis ni boleh dianggap sebagai simulasi atau lakonan jika aku pergi memancing di kelong Pozi. Lakonan dalam bentuk nota ini boleh dijadikan panduan kepada pemancing semasa memancing di Kelong Pozi.
Aku pilih hari semasa air 15 atau 30 haribulan Hijrah. Pada hari ini air pasang penuh lebih kurang pada pukul 7 pagi dan 7 petang mengikut keadaan jadual pasang surut. Katakan aku masuk pukul 11 pagi. Aras air pada waktu ini sangat rendah kerana arus laut sedang surut.

Pukul 11 pagi
Apabila sampai di kelong, aku akan mengisi air dalam kolam takungan umpan terlebih dahulu kerana pada masa ini aku masih boleh mendapatkan tamban atau selar hidup. Arus pada masa ini agak laju bergerak dari jeti Shell menuju ke arah muara atau arah kelong Mahmod. Oleh kerana air datang dari arah Jeti Shell, aku akan apolo depan kelong mengarah jeti Shell. Masa ini aku masih belum pasang joran lain dan hanya layan apolo sahaja dan dapatkan tamban atau selar hidup sebanyak yang mungkin kerana selepas waktu ini kemungkinan susah hendak mendapatkan umpan.

Pukul 12 Tengahari
Air masih lagi surut dan arus mungkin agak perlahan.Aku akan layan apolo lagi kerana umpan belum mencukupi. Kekadang, kumpulan tamban bergerak jauh dari kelong. Jika tiada tamban, aku akan memasang joran-joran yang lain dan juga membuat perambut. Tapi aku masih belum memancing lagi kerana air pun masih belum sesuai. Semasa ini kebiasaannya aku akan membuat persediaan lain seperti memasang tangguk, memasang hook dan membuat perambut atau mengemas alatan.


Pukul 1 Tengahari
Air masih bergerak mungkin agak perlahan. Jika ada tamban, aku akan layan apolo lgi untuk mendapatkan tamban atau selar. Jika tiada tamban, aku akan membuat perambut untuk memancing ikan jejulung dan juga perambut umpan udang dan juga perambut umpan ikan. Aku akan susun joran yang sudah siap dengan perambut. Kebiasaannya aku sediakan sebatang joran kecil menggunakan perambut jejulung, dua batang joran menggunakan perambut udang dan selebihnya joran yang lain aku guna perambut umpan ikan hidup.

Pukul 2 Petang
Air sudah menunjukan tanda2 bunga pasang namun arus masih bergerak dari jeti Shell menuju ke arah muara. Aku masih layan apolo tamban atau selar jika umpan tidak mencukupi. Selain itu aku juga memasang umpan untuk layan jejulung kerana jejulung hanya aktif makan umpan semasa air mula pasang. Jika ada jejulung yang masuk, mungkin berpuluh ekor yang boleh diangkut naik. Kekadang ada saiz jejulung yang kecil kekadang ada jejulung bintik yang bersaiz agak kasar. Sambil melayan jejulung, aku juga memasang  2 batang joran menggunakan umpan udang hidup yang di potong. Satu batang aku letak di depan dapur mengarah ke jeti shell dan sebatang lagi di tengah kelong mengarah ke muara. Target  daun baru atau ebek.
Selain itu, aku juga memasang 2 batang joran perambut ikan tetapi menggunakan umpan udang hidup yang di cakuk sekor2. 2 batang joran ini aku tidak lontar tetapi sebaliknya aku gantung seperti menahan tajur di bucu depan tangga. Target aku ialah kerapu, talang dan gerung belang. Target utama ialah gerung belang  kerana sudah banyak kali gerung henjut umpan semasa air mula pasang dan tepi kelong sahaja. Aku akan gantung joran ini sehingga arus berpatah balik dari kelong mahmod ke arah jeti Shell.

Pukul 3 Petang
Seperti aktiviti pukul 2. Aku mungkin menggunakan 2 atau 3 batang joran menggunakan umpan ikan tamban jika ada umpan yang banyak. Waktu ini target ikan talang jika ada masuk. Kalau malas pasang joran lagi, aku akan layan ikan jejulung yang masif aktif makan umpan.






Pukul 4 Petang
Arus mungkin sudah agak perlahan atau tak bergerak langsung. Kalau ada selar, boleh apolo selar. Waktu ni ikan jejulung mungkin sudah tak makan umpan yang dilontar. Elok sangat aku tukar perambut jejulung kepada perambut udang atau ikan. Joran yang di gantung bucu tepi kelong tu biarkan sahaja. sekali sekala check samada umpan udang masih ada atau tiada. Ini merupakan waktu perdana joran yang digantung jika hendak mengena.Bagi joran yang panjang, aku akan cakuk tamban hidup atau selar ke arah rumah api depan kelong. Target pula ialah pari jika pari masuk. Joran yang guna umpan udang tu mesti diteruskan kerana waktu ini ketuka, daun baru, kekapas dan ebek mungkin akan menyambar umpan.





Pukul 5 Petang
Aktiviti masih seperti pukul 4. Air sudah separuh penuh. arus agak tenang dan perlahan. arus mungkin sudah berubah dari jeti Jinmah Power ke arah Jeti Shell. Jika aku nak layan apolo tamban atau selar, aku akan apolo belakang kelong berdepan dengan tandas kelong pula.

Pukul 6 Petang
Tamban dan selar mungkin sedang banyak menyambar apolo. Ini waktu aku nak layan apolo untuk menambah koleksi umpan yang akan digunakan pada waktu malam. Walaupun begitu, aku tetap memasang umpan udang hidup potong kerana ini juga waktu ebek atau daun baru yang kasar menyambar umpan. Tamban pula mungkin hampir dengan kelong bersama dengan selar. Kekadang ada juga ikan cermin yang menyambar apolo. semuanya aktif di belakang kelong mengarah muara.

Pukul 7 Petang
Air pasang sudah hampir penuh. Air agak tepu dan kekadang bergerak perlahan. Ini Waktu aku memasang joran menggunakan umpan ikan tamban atau selar hidup. aku memasang umpan lalu melontar umpan ke arah port2 karang seperti belakang kelong, depan dan bucu kelong dan juga kawasan karang arah jeti shell. Ini waktu target ikan2 sisik seperti jenahak dan senangin. keadaan ini mungkin berlarutan sehingga air surut separuh dalam pukul 10 malam. Apabila lampu di pasang, aku juga menunggu cumit atau sotong katak yang timbul bawah lampu depan tangga. 

Untuk tip ini aku tulis dari pukul 11 pagi hingga 7 petang sahaja. Akan ada sambungan dalam tip 2. Ingat... tip ni aku tulis pada waktu air besar dan tip ini berubah mengikut arus. arus dan pasang surut laut sentiasa berubah mengikut peredaran bulan. Kebiasaanya pasang dan surut akan lewat 45 minit dari hari ini pada keesokan harinya. Ada pun waktu arus dan pasang surut ini mungkin berlainan atau lari sedikit mengikut jadual pasang dan surut. Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih