Wednesday, April 8, 2015

TEKNIK TAK PAKAI BATU LADUNG


bandang boleh dijinak dengan teknik ni
Teknik ni teknik yang terbaru aku guna awal 2015. Kalu korang nak guna boleh, tak nak guna pun boleh. Teknik yang aku guna aku reka kerana nak menyelesaikan masalah umpan yang tak cukup. Setiap kali aku bawa trip pakej memqancing, aku menyediakan ratusan ekor udang dan adakalanya aku terpaksa membuat catuan kerana tak cukup umpan. 
Semua orang maklum bahawa anak ikan memang suka mengutis umpan udang hidup. Adakala rtak sampai 3 minit umpan dah habis dikerjakan anak ikan. Selain umpan udang hidup habis, ikan besar target kitra seperti ebek, GT dan bandang tak sempat mencium umpan.
Teknik sememangnya dah lama dipraktikan tetapi jarang dipraktikan di kelong pozi dan mamud setahu aku. Caranya begini, jika arus perlahan, aku tak menggunakan ladung langsung memadai dengan berat pin dan mata kail sahaja. Jika umpan udang masih timbul atas air, bermakna ada arus maka kita boleh la guna ladung yang paling kecil atau ladung kapit sahaja. Umpan udang memang akan sampai ke dasar juga tetapi kita mampu melambatkan udang tu sampai dasar seperti kita mencipta peluang yang lebih besar umpan disentap ikan target. 
Teknik ni sesuai memancing mengikut arus atau tepi arus. Jangan guna teknik ni melawan arus, gerenti umpan akan masuk bawah kelong. Target utama teknik ni seperti ebek, bandang dan GT. Jadi sesuai juga digunakan pada musim ikan ni masuk dari dis hingga mei. Teknik ni suai digunakan di kelong Pozi, Kelong mamud tengah dan tepi. 
Selamat mencuba dan selamat memancing. 

ebek memang selalu termakan daya teknik ini


GT
GT juga tidak ketingalan terpedaya


antara ebek,GT dan bandang yang terpedaya dengan teknik ini

1 comment:

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih