![]() |
Aku bermalam kat sini la |
Selepas check in resort aku pun merayau2 mencari port dalam kegelapan malam. Nak jadi cerita, aku bertemu 2 orang dari mana entah juga sedang mencari port memancing. Duk bual2 tu kami dapat la sikit tip dari orang tempatan bahawa di hujung pantai air papan terdapat port yang best dan banyak kali juga pemancing yang kecundang dikerjakan ikan. Cerita camni yang buat aku geram.
Cuaca pada malam tu kelihatan elok saja. Kami bertiga pun memunggah segala alatan perburuan yang bermacam2 meniti atas batu yang berbongkah2. Kami memancing hanya berumpan udang pasar dan sedikit sotong pasar. Baru saja melabuhkan umpan seekor anak kerapu sebesar tapak tangan dan seekor yu bodo dah menyambar umpan. Memang best tempat ni.
![]() |
kiri dan kanan hujung pantai air papan ada kawasan berbatu |
Aku yang basah tanpa berfikir panjang ambil keputusan balik ke resort manakala 2 rakan baru aku tu pula nak cari port lain yang ada tempat berteduh. Kalau ada sesapa yang nak test kat situ memang boleh la .. tetapi awas bongkah batu memang berbahaya. Tertanya juga kenapa penduduk tempatan tak bina jeti melalui atas bongkah batu dan kutip la sedikit bayaran. Tentu ramai pemancing yang mahu pergi ke sana terutama keluarga. Bukan itu sahaja, resort2 juga boleh mendapat banyak tempahan.
No comments:
Post a Comment