Monday, March 19, 2012

JETI MEMANCING WAK SEMPO, BAGAN LALANG, SEPANG


nombor telefon en Nasir : 0192699924

Jeti Wak Sempo ni memang dah lama terkenal dalam daerah Sepang pada masa dulu. Selepas Arwah wak Sempo meninggal, jeti tersebut terbiar. Jeti Wak Sempo terletak sebelah kiri jalan masuk ke Pantai Bagan Lalang, Sepang, Selangor. Walaubagaimanapun, semasa aku lalu jalan tersebut, aku lihat jeti tersebut telah dibina semula. Aku pun hentikan kereta lalu singgah sebentar. Rupa2nya jeti tersebut dibuka semula oleh anak arwah wak sempo berkongsi dengan kawan2 beliau. Selepas hari tu, aku ada singgah di jeti tersebut sebanyak 3 kali. Setiap kali aku singgah, ada sahaja ikan yang gred A dinaikan oleh pemancing. Ini membuatkan aku berminat nak tulis perihal jeti ini sekaligus membantu mempromosi tempat memancing ini. Bagi pemancing yang hendak memburu ikan gred A seperti kerapu, senangin, jenahak atau siakap dengan budget yang murah bolehlah berkunjung ke jeti ini.kalau nak maklumat lengkap boleh contact abang Nasir di talian 0192699924.
Untuk masuk dan memancing di jeti Wak Sempo, anda hanya perlu membayar RM4 sahaja untuk satu joran. Anda juga boleh membeli umpan pumpun dan udang hidup di jeti juga. Ini memudahkan pemancing ang perlu membawa peralatan memancing sahaja. Apa pun komen bagi saya, seeloknya anda menggunakan umpan udang hidup atau belanak kenana ikan2 gred A hanya suka umpan tersebut. Harga udang hidup juga murah iaitu 50 sen sahaja seekor.
Sebelum arwah Wak sempo meninggal, beliau ada meletakan beberapa buah tukun. Tukun tersebut telah lama berada dan kini tukun tersebut telah menjadi atau hidup. Mungkin anda tak percaya jika aku katakan kerapu merupakan penghuni utama tukun ini. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja henjutan oleh  kerapu tetapi agak susah dinaikan kerana kerapu tersebut melarikan diri dalam tukun. Aku nasihatkan kepada pemancing supaya membawa rod yang lebih keras dan joran yang lebih lasak jika hendak memburu kerapu di sini. Saiz kerapu di sini boleh mencecah 7 Kg. Tukun utama terletak betul2 dengan bro yang duduk atas kerusi dalm pic di atas.
Selain itu, di kiri jeti pula ialah tempat tambatan bot. Struktur yang berceragah dan semak ini pula menyediakan lubuk bagi siakap. selalu sangat pemancing yang berjaya menaikan siakap di sini tetapi perlu mengetahui jadual air kerana siakap memang cerewet dengan arus dan masa makan. Baru2 ini aku lihat seorang pemancing berjaya menaikan seekor kurau dalam saiz sekilo lebih.
Kerapu saiz ini saiz biasa di jeti Wak sempo malah saiz yang lebih besar dinaikan seperti seminggu sebelum pic ini di ambil, ada seorang pemancing berjaya menaikan kerapu bersaiz 7 KG. Umpan udang hidup atau belanak potong yang paling baik untuk memancing kerapu., Biasanya, kalau mahu memancing jeti sewaktu air bergerak perlahan atau air kecil kerana arus deras boleh menghanyutkan batu ladung.
Pemancing juga tidak perlu risau hendak menunaikan solat kerana memang terdapat sebuah surau yang disediakan di jeti ini yang hanya jarak beberapa meter sahaja dari tempat memancing. Kalau agak kepenatan, apalah salahnya boleh melabuhkan badan sebentar sementara mengumpul tenaga kembali.
kalau terasa lapar atau dahaga juga tidak menjadi masalah kepada pemancing kerana terdapat sebuah gerai makanan yang menjual pelbagai jenis makanan sejuk dan panas. Semasa memancing, keperluaan mendapatkan makanan sangat penting kerana memancing memerlukan masa yang lama. Apabila memancing di jeti Wak Sempo, makanan tidak menjadi masalah.
Kalau perut dah kenyang pun menjadi masalah kepada kita juga. Jangan risau kerana di jeti wak sempo juga sebuah tempat untuk menunaikan hajat anda. Apa kata, mari kita pergi gempur jeti wak sempo untuk menngetahui penghuninya.
siap papan tanda jalan 
ikan ni guna umpan roti gardenia saja
nak sewa bot pun adaaa....
bukan satu tapi tiga bot untuk disewa









Monday, March 12, 2012

IKAN BANDANG MASUK KELONG POZI


ikan susu bermulut lebih kecil dan berbadan gempal
ikan bandang bermulut luas dab badan lebih slim dan panjang

team bangau kajang
hasil aku seorang

Sebelum 24 feb 2012 aku ada mendengar rintihan beberapa orang pemancing yang pernah naik kelong Pozi.Mereka beritahu bahawa mereka telah terlepas atau rabut sejenis ikan yang rupa seakan senangin dan temanang. ikan yang mereka pancing itu pulak kuat melawan dan melompat tinggi beberapa kali sebelum rabut. Aku sendiri tidak dapat mengagak ikan apa yang telah terlepas. Tetapi dalam hati aku kuat mengatakan mereka telah terlepas ikan temanang atau tarpon kerana spisis ini juga kuat melawan dan melompat2 apabila terkena mata pancing. Suatu hari semasa aku duduk lepak2 minum di kedai Pozi, aku terserempak dengan beberapa orang pemancing yang baru balik dari kelong. Mereka telah berjaya menaikan beberapa ekor tetanda, GT, bawal pinang dan juga bandang. Aku agak terkejut apabila melihat mereka berjaya menaikan ikan bandang kerana sebelum ini aku tidak pernah melihat pemancing menaikan ikan bandang di atas kelong pozi. Mereka juga memberitahu tentang tip umpan dan perambut. Rupa-rupanya ikan bandang suka umpan udang hidup dan dengan menggunakan perambut dua mata kail memberi lebih peluang menaikan ikan yang bermulut kecil seperti daun baru dan juga bawal pinang. Pada 24 feb aku pun naik kelong berumpankan umpan udang hidup. Umpan yang aku jarang gunakan selama ini. Di atas kelong aku bertemu satu group pemancing dari kajang atau pun mereka menamakan team bangau. Pada malam tu hingga pagi, aku dan team bangau memang macam bangau kerana tiada seekor pun ikan yang sudi menjamah umpan yang dihulur. Sehingga beberapa orang daripada team bangau sudah merungut-rungut. Aku memang tak sedap hati kalau ada orang merungut2 kerana aku telah banyak buat cerita tentang hebatnya memancing di kelong Pozi. semasa air surut tenang seperti tiada harapan lagi, tiba2 seorang daripada team bangau berjaya menaikan seekor bawal pinang. kejayaan ini telah menaikan kembali semangat memancing yang dah surut seperti air laut yang surut. Aku pun turut memasang umpan udang hidup lalu melontar kearah port bawal pinang dinaikan. Tak sampai seminit kemudian, pancing salah seorang team bangau telah mengena dan ikan tu pulak melompat2 tinggi. Apabila hampir dinaikan, ikan tu rabut setelah berjaya membuat satu lompatan menyelamatkan diri di tepi kelong. Selepas itu, bermulalah pesta ikan bandang membedal umpan. Bayangkanlah, dalam masa satu jam 30 kali ikan susu merabut umpan tetapi sayang hanya 4 ekor saja yang berjaya dinaikan dan yang lain semuanya rabut selepas ikan bandang membuat beberapa lompatan.Walaubagaimanapun, aku telah berjaya menaikan 5 ekor ikan bandang, seekor daun baru besar dan 2 ekor ebek selepas team bangau pulang. Kalau memancing di kelong memang adatnya begitu, kalau ikan masuk memanglah berpesta dan kalau ikan tak masuk disebabkan arus laut dan pasang surut kita akan jadi bangau sahaja.


Friday, March 2, 2012

TIP GUNA UMPAN UDANG HIDUP DI KELONG POZI

2 spisis ini suka umpan udang hidup
Aku selalu lihat pemancing2 membawa umpan udang hidup. Begitu bersemangat mereka bawa umpan. Aku jarang menggunakan umpan udang hidup kerana pertama tak sempat nak beli dan yang kedua aku nak jimat kos. Tapi yang sebenarnya aku tak mahir menggunakan umpan udang hidup.
Umpan udang hidup perlu dijaga dengan baik supaya udang boleh bertahan dan hidup lama. Semasa dalam perjalanan, udang mungkin kepanasan dan boleh menyebabkan udang mati. Selain itu, udang akan sentiasa melompat semasa dalam perjalanan. Keadaan ini boleh menyebabkan udang cepat mati sebelum sampai destinasi dan kita akan rugi. Seeloknya kita masukan sedikit ais dalam plastik lalu diikat ketat dan selepas itu rendam dalam bekas berisi umpan udang hidup tadi, Insyaallah, umpan udang hidup akan bertahan lama walaupun daalam perjalanan yang jauh kerana udang yang kesejukan akan tertidur atau kurang aktif.
Setelah sampai didestinasi memancing, kita juga perlu segera menukar air dalam bekas umpan udang kerana air dalam bekas itu telah kotor. Selain itu, air yang dibekalkan oleh penjual umpan udang hidup kebiasaannya telah lama atau telah diguna berulang kali. Apabila air diganti dengan air laut yang lebih bersih, udang akan menjadi cergas dan hidup lebih lama.
 Udang sangat sensitif dengan pam udara. Pam udara mesti di periksa bateri selalu supaya udang tidak mati jika pam udara mati kerana kehabisan bateri.Selain itu, jika ada udang yang mati perlu dikeluarkan segera kerana udang yang mati boleh mencemarkan kualiti air. Lebih elok jika air selalu ditukar atau diganti supaya udang hidup cergas dan menjadi umpan yang berkualiti.
Berbalik kepada penggunaan umpan udang hidup di kelong pozi, aku ada belajar sikit2 dengan pemancing lain ditambah dengan sedikit pemerhatian cara menggunakan umpan udang hidup di kelong pozi. Pertama sekali ialah umpan udang hidup hanya sesuai digunakan pada waktu siang. Menggunakan umpan udang hidup pada waktu malam selalunya membazirkan umpan sahaja. Ikan yang selalu makan umpan udang hidup di kelong pozi seperti GT, ebek, susu, bawal pinang dan daun baru.
Kalau guna mpan udang hidup di kelong pozi, tak perlu lontar joran jauh2 sekadar dalam jarak 10 meter ke bawah kerana ikan2 yang makan umpan udang hidup pun selalu berada sekitar tepi kelong sahaja.kalau air bergerak perlahan tak perlu guna batu ladung. Ini membuatkan umpan lambat sampai ke dasar dan peluang ikan besar melihat umpan lebih besar. Apabila umpan sampai di dasar kebiasaannya anak2 ikan kecil akan mengetu umpan sampai habis dalam masa sekejap sahaja. Penggunaan umpan udang potong juga memberi lebih peluang kerana udang potong lebih berbau berbanding udang hidup.
Lagi satu ialah aku biasanya menggunakan perambut 2 mata kail yang tidak terlalu besar kerana pertama ikan2 yang makan umpan udang hidup bermulut kecil seperti ebek dan daun baru. Yang kedua, ikan2 ini pandai mencuri umpan. Apabila menggunakan 2 mata kail, peluang untuk menaikan ikan2 lebih cerah. Aku harap tip yang tak seberapa ini membantu anda. Selamat memancing dan selamat mencuba.


AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih