Tuesday, October 30, 2018

TIPS KEJAYAAN MEMANCING DI KELONG 6: PEMERHATIAN




Faktor yang ke 6 untuk menjamin kejayaan memancing di kelong ialah rajin membuat pemerhatian. banyak perkara yang kita perlu perhatikan semasa memancing di kelong. Kalau kita rajin membuat pemerhatian dan juga sedikit research sudah memadai untuk kita membongkar lubuk-lubuk baru kelong. 
Apa yang kita perlu perhatikan?

1. Arus. 
Arus memainkan peranan penting semasa memancing di laut. kalau kita mahir dengan arus serta arah arus senang untuk kita membuat pengiraan memancing di kelong. Contohnya :

→→🐟🐟   kelong/binaan
→→🐟🐟   kelong/binaan

i. kalau kita nak cari tamban atau anak ikan untuk dijadikan umpan kita perlu melihat arus. Kebiasaannya anak ikan akan berada di bahagian hadapan arah arus datang. kalau arus sangat perlahan kita boleh perhatikan kumpulan nak ikan banyak arah mana. Jadi arah itu yang perlu kita  lontar apolo untuk mendapatkan umpan hidup.


ii. Jika kita memancing menggunakan ladung yang kecil, janganlah lontar umpan lawan arus, pasti umpan akan hanyut masuk bawah kelong. kalau ada ikan di hujung mata kail juga ikan akan membawa lari masuk bawah kelong. Seeloknya lontar tepi kelong atau arah arus bergerak. 

iii. Selain itu, ada ikan tertentu seperti ebek, bandang atau GT suka berada di bawah atau belakang kawanan anak ikan. Jika anak ikan berada di hadapan arus, kebiasaannya pemangsa suka berada di belakang kumpulan anak ikan . Jadi pemangsa sudah tentu berada di bahagian belakang arus. Sebab itu kalau diperhatikan ada pemancing akan beralih tempat apabila arus juga berubah arah. 

iv. Selain itu, ikan juga gemar menyambar umpan semasa peralihan arus dari surut ke pasang atau dari pasang ke surut. Jadi pada masa ini ialah masa yang paling sesuai untuk melontar umpan ke lubuk yang digematri. Selain itu ikan juga suka menyambar semasa arus sedang beralih arah dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri. Begitu juga jika arus berubah arah dari hadapan ke belakang atau dari belakang ke hadapan.

1 comment:

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih