Saturday, October 30, 2010

SIAKAP DAN PARI DI KELONG NAZRI, BAGAN LALANG

 Siakap dalam saiz 7 kilo di kelong Nazri ni adalah biasa sahaja. Rekod siakap di kelong ni 24 kilo


Kalau anda berangan2 pergi memancing ke kelong Nazri Bagan Lalang, jangan lupa membawa koyan bertali sekurang2nya 200 lb berserta mata kali besar. Jangan lupa juga membawa umpan udang hidup kerana kelong ni memang dah terkenal dengan jumlah siakap dan saiz siakap. walau bagaimanapun, siakap2 ni tidak akan makan di luar kelong kecuali di tepi dan bawah kelong sahaja seprti meja makan siakap pulak. Koyan yang di gantung sedepa dari dasar laut ini pula perlu digantung dengan batu ladung yang besar sekurang2nya saiz 24 kerana arus laju. Pada tali koyan ini di letakkan loceng supaya kita tahu koyan mengena. kebiasaannya, siakap suka menghentam koyan semasa air surut atau mula pasang, terutama pada pukul 3,4,5 dan 6 pagi. Awas lah pada waktu itu.. kalau lambat siakap tu akan terlepas atau putus sahaja tali koyan anda.
Pari saiz 8 kilo di kelong Nazri Bagan lalang.

Selain siakap, Kelong Nazri jugak kadang dimasuki spesis pari. Kalu pari yang masuk ke kelong Nazri pun agak kasar saiznya. Saiz dalam gambar di atas adalah saiz biasa je. selalu jugak orang lain yang menaikan pari yang lebih besar. Kekadang, kelong ini jugak dimasuki ikan yu kemejan dalam saiz 40 kilo. Tapi syang, saya tak ada foto ikan tersebut. Selain siakap, pari, dan yu, kita jugak bleh memancing ikan lain seperti malung, kerapu, jenahak,tanda, gelama,gerut, daun baru, dan lain2 lagi. Jangan lupa juga membawa apolo putih saiz 6,7 dan 8 kalau anda hendak melayan ikan apolo seperti cencaru, selar, tamban dan senangin. umpan pumpun sangat efektif digunakan di kelong ini. selamat mencuba...

17 comments:

  1. tahniah tuan.. blog yang menarik dengan info2 yg berguna. salam berkenalan.. dari facebook jmpa lagi di blog. harap tuan dpt buat post tentang perambut2 yang sesuai dengan spesis2 ikan di kelong. Minta tunjuk ajar...

    http://pencintapancing.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. terima kasih bro... saya akan cuba sampaikan maklumat yang sebanyak dan sebaik mungkin. blog ini saya akan sentiasa edit dan banyak tajuk yang belum di masukkan

    ReplyDelete
  3. tq bro.. tajuk perambut saya belum buat lagi kerana ada tajuk lain yang penting

    ReplyDelete
  4. ok tuan, masih lagi menunggu petua untuk perambut jenahak, pari dan senangin d kelong. mna tau kot2 boleh tawan ikan2 kat bagang sabah ni jugak.hehe

    ReplyDelete
  5. MOHON JASABAIK OTAI2 YG ADA... DIMANA TEMPAT MEMANCING YG SESUAI DIKALA AIR SURUT...

    ReplyDelete
  6. salam,
    bro boleh kasi nombor fon tuan yang punya kelong tu?
    kamalqr@YAHOO.COM
    016 6585716. TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  7. Blog yang amat bagus. terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman. Saya ingin juga mencuba memancing di kelong. Bagaimana nak pergi ke kelong nazri ni?

    ReplyDelete
  8. Senarai kelong dan nombor telefon.
    Kelong Pozi Kuala Lukut: 019-360-1221.
    Kelong Nazri. Bagan Lalang: 019-343-8150.

    ReplyDelete
  9. sekarang ni kat kelong pozi ada banyak jenahak dan tetanda. dah merata tempat jenahak dan tetanda memakan umpan. tapi kat bawah kelong tu ada sekor alu2 sebesar dalam lingkungan 7 kg suka kacau anak2 ikan dan pancing anda

    ReplyDelete
  10. erm...saya akan pancing kat situ minggu depan bersama bapaku,nak tanya apa tu apolo kerana saya just a beginner

    ReplyDelete
  11. Salam tuan, berapa agaknya kos utk seorang dan berapa joran yang boleh dibawa kesana? Udang hidup tu dapatnya di kawasan bagan lalang ke?

    ReplyDelete
  12. sorang RM 40 dan jumlah joran tiada had. udang boleh beli kat kedai pancing sg pelek sebelah seven E

    ReplyDelete
  13. Salam tuan, kalau nak pancing siakap, sesuai Mata kail saiz ape ye..

    ReplyDelete
  14. RM 40 tu kira mcm mana cikgu? dari pagi smp petang ke?

    ReplyDelete
  15. http://pakejjp.blogspot.com/2012/03/pakej-lengkap.html

    ReplyDelete
  16. salam tuan..nak tanya skrg ni apa yg tengah menganas kat kelong nih..niat sabtu ni nak turun...apa umpan terbaik kat sana..

    ReplyDelete
  17. Permisi ya kak Admin ^^

    ituBola - ituBolaonline - Bandar

    Bola - Agen Bola


    Ayo Pasang Taruhanmu Sekarang di ItuBolaAgen Judi Bola & Casino Online Terpercaya dan

    Terbaik di Indonesia.
    Minimal Deposit Rp. 25.000,- Dan untuk minimal Withdraw Rp. 50.000,-
    Proses Deposit & Withdraw Yang Tercepat.

    => Bonus Cashback 5% (dibagikan setiap Hari Senin)
    => Customer Service 24 Jam Nonsto
    => Support Deposit Via Aplikasi OVO,PULSA,GOPAY

    Kontak Kami
    LINE : itubola757
    WECHAT : itubolanet
    WHATSAPP :+85517696120
    TELEGRAM : Itu Bola /

    +85517696120


    Link Alternatif
    ituBola Online

    Agen Taruhan Judi Teraman, Situs Taruhan Judi Teraman, Agen JudiBola, Agen Judi Bola

    Online, Agen Bola Online, Agen Sportsbook, Judi Casino, Agen Judi Casino, Agen Casino

    Online, Agen Live CasinoTerpercaya

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih