Saturday, June 11, 2011

BERKHEMAH DAN MEMANCING DI PULAU GIAM, PANGKOR

 PULAU GIAM

Pada cuti sekolah pertengahan tahun 2011, aku dengan pekerja dan isteri pergi berkhemah dipulau Giam pangkor. Aku memilih tempat ni kerana selain berkhemah aku dapat memancing dan juga snorkling, seperti pakej 3 dalam 1. Kami berkhemah 2 malam sahaja. kami sampai agak lewat di mana kebanyakan bot yang hantar orang dah mula simpan bot masing2. nasib baik brader sidi sudi hantar kami. Sesampai di pulau kami terus dirikan khemah. aku pulak pasang pancing guna umpan udang hidup yang di bawa. tak sampai 5 minit, pancing aku mengena lalu naiklah sekor ikan mentimun hampir 1 kg. Apa lagi, jadi lauk ikan panggang la.. Lepas tu aku malas nak mancing lagi kerana terlalu banyak karang sehingga berdozen batu ladung aku habis. kami habiskan masa siang dengan berenang dan snorkling saja. Ada seorang pekerja aku tu, yang mula-mula tak berminat nak berkhemah tapi sesampai sahaja di sana dah macam tak nak balik pulak. walaupun letih tapi perkhemahan ni memang menyeronokan.

1 comment:

  1. saya berminat nak berkhemah di pulau giam bang,bole abg bagi no telefon brader sidi tu..tq :)

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih