Tuesday, July 26, 2011

MEMANCING DI KELONG NAZRI BAGAN LALANG

Kelong Nazri terletak di tepi pantai berhampiran pantai Bagan Lalang. Kalau sesiapa pernah sampai pantai Bagan Lalang sila beloki kanan dan anda akan dapat lihat opis Kelong Nazri. Kelong ni dah agak terkenal kerana kelong ni memang ada banyak siakap yang besar-besar.
    Kalau anda hendak ke kelong Nazri Bagan Lalang, jangan lupa bawa koyan sekurang2nya 5. Dah ada koyan tu jangan lupa pulak bawa umpan hidup kerana siakap ni suka makan udang hidup.. lagi besar lagi bagus.Kadang2 umpan tamban dan terbeliak mata hidup pun jadi jugak.Tali koyan anda hendak bawa tu mesti kasar.. sekurang-kurangnya 200 lb. kalau bawah 200 lb baik tak payah la.. buat sakit mulut ikan je. begitu juga dengan mata pancing koyan pun mesti besar.
  
A. UMPAN DI KELONG NAZRI

1. Udang hidup - untuk di pasang pada koyan. lagi besar lagi baik. digunakan pada pancing jugak boleh.
2. Umpan sotong katak - sotong katak ni boleh anda tangguk bawah kelong pada waktu malam. jadi kalau anda ada tangguk sotong boleh la bawa.
3. Umpan tamban hidup - memang banyak kat kelong ni. senang je nak cari tamban janji ada mata apolo
4. Sotong cumit - kekadang ada sotong cumit boleh anda tangguk bawah kelong bawah lampu.
5. Selar putih - umpan kerapu terutama pada waktu air surut di celah2 tiang kelong.
6. Bilis lembut - kalau ada ribut kat tengah, bilis ni masuk banyak. umpan baik untuk mancing senangin buih.
7. Cencaru - dipotong ambil isi dan umpan yang baik untuk senangin
8. kekek - umpan baik untuk mancing tenggiri kecik dan temanang
Setahu saya tiada masalah sangat kalu hendak cari umpan di kelong kerana memang ada banyak anak2 ikan.

B. LUBUK IKAN DI KELONG NAZRI

1. Siakap - bawah kelong dan tepi kelong sahaja. Hanya penggunaan koyan yang layak memancing siakap. 5 kg keatas tu saiz biasa siakap kat kelong ni
2. Senangin - tepi kelong ikut arus air. terutama pada waktu pagi.
3. kerapu - belakang kelong selari dengan pantai (karang). kat bawah kelong tu jugak ada kerapu saiz2 yang besar. selalu meluruskan mata pancing. (guna koyan)
4. pari - baling arah laut dan agak jauh.
5. tanda dan jenahak.- belakang tandas 5 hingga 10 meter. atau tepi bawah kelong.. tapi kena cepat kalu dah kena. depan baling jauh tepi sekali dekat tangga.
6.  malung - kalu air sejuk baling depan tepi tangga. baling agak jauh sampai masuk paluh.
7.  temanang - semasa air pasang guna pelampung dan umpan kekek. perambut panjang sedepa.taruk tepi kelong.. awas!!!! temanang kuat menarik dan melompat macam siakap gak.
8. selar,tamban ,senangin dan cencaru - jangan lupa bawa mata apolo. saiz 7 atau 8. kalau nak extra guna 2 apolo sambung. atas dan bawah pon kena. kalu ada anak kekek tercakuk jgn buang.. nanti senangin atau tenggiri jugak menyambar.
9. Gelama,gerut2, daun paru dan tetuka. belakang kelong sebelah kiri. baling agak jauh.terutama semasa air surut.

WAKTU IKAN MAKAN DI KELONG NAZRI

1. Siakap dan kerapu - air dah surut banyak atau air mula pasang. Kebiasaan pada pukul 4,5 dan 6 pagi. tapi, kadang2 waktu lain juga siakap hentam tapi agak jarang.(koyan)
2. senangin buih dan senangin.- air tengah pasang penuh dan surut terutama pada waktu pagi dan petang.
3. Ikan-ikan lain - semasa air surut atau air mula pasang. kalu apolo semasa air pasang penuh atau air mula surut pagi dan petang.

1 comment:

  1. hi boleh tak saya dapat contact kelong ini?

    Terima kasih banyak banyak.

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My Photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih