Saturday, July 16, 2011

PANCING BARACUDA DI KELONG POZI

Baracuda atau alu2 banyak terdapat di kelong pozi lukut. Ikan ini aktif semasa air mula pasang hingga pasang penuh. bagi sesetengah pemancing mengangap ikan ni ikan pengacau kerana selalu memutuskan perambut. Walaubagaimanapun, ada juga pemancing yang berminat memancing ikan ini. Ada beberapa tip kalau mahu memancing ikan ini. Anda boleh nampak kelibat ikan ini mengejar anak2 ikan di bawah kelong. Pada waktu senja ,kalau anda senyap akan dapat lihat belakang alu2 besar yang berenang di tepi kelong. Saiz alu2 di kelong pozi ada yang melebihi 5 kg.

Koyan
Penggunaan koyan dengan perambut dawai juga boleh digunakan. Tetapi pemancing perlu meletakan umpan yang besar atau ikan hidup yang besar. Antara umpan koyan yang sesuai dan digemari alu2 ialah ikan tetanda, gerut2, tamuk, dan tamban atau selar yang besar. umpan koyan yang kecil kurang efektif memancing ikan ini. ingat, umpan tetanda sebesar tapak tangan paling sesuai.

Rod
Kalau anda mahu, memancing alu2, anda boleh lah menggunakan perambut dawai halus. masa yang sesuai memancing alu2 ialah semasa air mula pasang hingga pasang penuh terutamanya pada waktu malam. umpan tamban paling digemari termasuklah selar kuning. kalau anda ada belanak atau tamuk yang besar lagi sesuai.
Tip yang saya tulis ni hanya sesuai di kelong pozi lukut sahaja.

1 comment:

  1. assalamualaikum....saye anak murid cikgu.....amira...kawan haifa marha...kelas 5 utm...hahaha lawak lah blog cikgu ni...makan pandai tapi nak tangkap nye tak pandai lalala

    ReplyDelete

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih